Inisitif baru bagi misi ke Alpha Centauri

Inisitif baru bagi misi ke Alpha Centauri

NEW YORK, 13 April (AFP) – Pelabur jutawan Rusia Yuri Milner dan ahli kosmologi Stephen Hawking semalam mengumumkan satu inisiatif angkasa lepas baru untuk misi ke Alpha Centauri, sistem bintang terdekat dengan Bumi.

Milner dan Hawking sedang memimpin kumpulan ahli sains ‘Breakthrough Starshot’ yang mengusahakan program penyelidikan untuk menghasilkan armada kenderaan angkasa lepas amat padat, amat ringan atau ‘nanocraft.’

Matlamatnya adalah menghantar kenderaan angkasa lepas mini – setiap satunya lebih kecil daripada telefon bimbit – ke Alpha Centauri, yang terletak 4.37 tahun cahaya, atau 25 trilion batu dari Bumi.

Mereka menggangarkan ia mungkin mengambil masa 20 tahun untuk sampai ke sistem bintang dari masa pelancaran – dan bukannya 30,000 tahun yang akan diambil dengan kapal angkasa lepas terpantas hari ini.

Yuri Milner (kiri), dan Stephen Hawking (kanan) yang duduk di kerusi roda beliau, membincangkan penemuan inisiatif baru dalam tumpuan penerokaan angkasa lepas dan mencari serta menyelidiki kehidupan di alam semesta, semasa sidang media di One World Observatory, New York Selasa lalu. – AP
Yuri Milner (kiri), dan Stephen Hawking (kanan) yang duduk di kerusi roda beliau, membincangkan penemuan inisiatif baru dalam tumpuan penerokaan angkasa lepas dan mencari serta menyelidiki kehidupan di alam semesta, semasa sidang media di One World Observatory, New York Selasa lalu. – AP

“Perjalanan angkasa lepas seperti yang kami tahu adalah perlahan. Bagaimana kami boleh berjalan dengan lebih pantas dan bagaimana boleh kami berjalan lebih jauh? Bagaimana boleh kami mencatat kemajuan besar ini?” beritahu Milner, yang merancang memperuntuk AS$100 juta dalam projek itu, pada persidangan akhbar di Manhattan.

“Untuk kali pertama dalam sejarah, kami boleh melakukan lebih daripada hanya menatap pada bintang. Kami sebenarnya boleh sampai kepada mereka,” tambah ahli dermawan Rusia berusia 54 tahun itu, di mana kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$2.9 bilion oleh Forbes. “Sudah tiba masanya untuk melancarkan kemajuan besar dalam sejarah manusia.”

Milner – salah seorang pencipta asal dalam Facebook – berkata kumpulan berharap dapat menghantar kapal angkasa lepas robotik amat ringan ke angkasa lepas pada 60,000 kilometer sesaat – kira-kira 20 peratus daripada kelajuan cahaya.

ARTIKEL YANG SAMA