Insiden bom palsu ‘dipertanggungjawabkan’

Insiden bom palsu ‘dipertanggungjawabkan’

MANCHESTER, 17 Mei (AFP) – Ketua firma keselamatan mengakui ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ dalam insiden bom palsu yang menyebabkan perlawanan Manchester United dan Bournemouth di Old Trafford, kelmarin terpaksa ditunda.

Pengarah Urusan Pengurusan Keselamatan Carian dan Penyelesaian, Chris Reid, berkata dia ‘mati’ akibat kesilapan itu sekali gus menyebabkan United berdepan bil berjuta pound.

“Memang itu adalah kesilapan saya,” Reid berkata kepada wartawan ketika ditemui di rumahnya. “Saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana meninggalkan barang latihan pada hari Rabu.”

Peranti palsu, bom paip tiruan yang dilekatkan pada telefon bimbit, ditemui beberapa minit sebelum sepak mula perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris United musim ini ketika menentang Bournemouth, Ahad lalu.

Perlawanan itu terpaksa ditunda sebelum peranti itu diletupkan oleh pakar pemusnah bom.

Reid, pesara pegawai polis Scotland Yard, berkata peranti itu yang dilabel, dibiarkan tergantung di belakang pintu tandas dan menjelaskan selepas mengeluarkan peralatan latihan lima minit bersama pengendali anjing, dia berfikir peranti sama yang berada dalam beg tertinggal di dalam tandas.

“Saya benar-benar ‘mati’ kerana tidak mematuhi protokol kerja saya sehingga ramai orang yang kecewa, takut dan risau,” katanya. “Tiada apa-apa yang boleh saya katakan untuk membetulkan kesilapan ini.”