Insiden di kawasan pit tidak boleh diterima

Insiden di kawasan pit tidak boleh diterima

SHANGHAI, 18 April (Reuters) – Kenderaan trek yang diletakkan berhampiran lorong masuk pit ketika kelayakan Grand Prix China mencetuskan risiko yang rendah tetapi tidak dapat diterima, kata pengarah perlumbaan Formula Satu, Charlie Whiting.

Pemandu McLaren, Jenson Button telah memberitahu wartawan kedudukan kenderaan itu adalah “bahagian paling bahaya” dari sesi pada Sabtu lalu kerana risiko kereta yang tersasar dan merempuhnya.

Pemandu dari Britain itu, juara dunia pada tahun 2009 dan pengarah Persekutuan Pemanduan Grand Prix, mempersoalkan mengapa sesi itu tidak dihentikan.

Dua insiden lain, perlanggaran yang melibatkan Pascal Wehrlein dari Manor dan Nico Hulkenberg kehilangan tayar bagi Force India, yang mencetuskan bendera merah dikibarkan.

“Ia perlu menekankan bahawa ini bukanlah kawasan perlumbaan normal dan risiko adalah rendah, bagaimana pun tidak dapat diterima,” Whitting memberitahu Reuters dalam satu e-mel.

“Tiada bendera dikibarkan kerana ini bukanlah di atas litar.

“Pemandu kenderaan litar yang memutuskan untuk meletakkan kereta di kawasan luar perlumbaan kemasukan pit adalah bodoh dan dia memindahkannya dengan segera,” tambah Whiting. “Pemandu itu kurang pengalaman dan tidak akan melakukannya lagi.

“Ia tidak akan dibandingkan dengan insiden yang melibatkan Hulkenberg, yang keretanya berhenti di tepi litar dengan tayar bergolek di merata tempat,” tambahnya.

Whitting juga menjelaskan mengapa marsyal meletakkan tayar–tayar di selekoh 14 selepas beberapa saat dari sesi ketiga dan kemudian memindahkannya sekali lagi sebelum kelayakan diteruskan.

“Marsyal merasakan kelayakan sudah selesai,” katanya. “Saya menjangka bahawa apabila kami memberitahu pengawas litar bahawa kami tidak akan meneruskan Q2 (fasa kedua yang dikibarkan bendera merah) dia merasakan kami melakukan kelayakan secara umum.

“Ia adalah melucukan untuk mendengarkan semua pengurus pasukan tertanya–tanya mengapa kami melakukan ini,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA