Insiden keganasan di Leystonstone

Insiden keganasan di Leystonstone

LONDON, 6 Dis – Seorang lelaki yang membawa pisau, mengelar seorang lelaki di stesen metro timur London semalam, dilaporkan menjerit “ini untuk Syria,’ sebelum polis menggunakan senapang pegun untuk meredakannya dalam apa yang mereka terangkan sebagai insiden pengganasan.

Tompok besar darah kelihatan berhampiran pengadang tiket di Stesen Kereta api bawah tanah Leystonstone kira-kira 10km ke tengah London yang diposkan dalam Twitter dan menunjukkan suspek berkonfrontasi dengan pegawai sejurus selepas jam 7 GMT.

Polis mengatakan laporan asal menunjukkan lelaki itu dipercayai berusia 29 tahun, juga mengancam orang sekeliling. Seorang lelaki berusia 56 tahun mengalami kecederaan serius namun tidak mengancam nyawanya. Dua orang lagi cedera ringan, kata polis.

“Kami menganggap insiden ini sebagai insiden keganasan,” Richard Walton yang mengetuai Pusat Kawalan Menangani Keganasan di Polis Metropolitan London, menjelaskan dalam satu kenyataan.

Pegawai polis menyiasat kawasan jenayah di stesen kereta api bawah tanah Leytonstone di timur London, 6 Disember. Kejadian kelar di stesen kereta api itu dianggap insiden keganasan oleh polis selepas seorang cedera parah dan dua lagi cedera ringan, menurut polis. - Reuters
Pegawai polis menyiasat kawasan jenayah di stesen kereta api bawah tanah Leytonstone di timur London, 6 Disember. Kejadian kelar di stesen kereta api itu dianggap insiden keganasan oleh polis selepas seorang cedera parah dan dua lagi cedera ringan, menurut polis. – Reuters

“Seorang saksi dipetik oleh Guardian dan akhbar Britain lagi sebagai berkata bahawa penyerang tampak mengaku bahawa dia membalas dendam bagi serangan Barat ke atas militan di Syria.

Polis enggan mengulas mengenai laporan itu dan akhbar tidak dapat mengesahkannya secara bebas.

Insiden Leytonstone itu serupa dengan pembunuhan askar tentera British Lee Rigby pada Mei 2013 yang ditetak sehingga mati di selatan Sungai Thams oleh dua orang muallaf.

Britain dalam keadaan tahap berjaga-jaga kedua tertinggi iaitu ‘teruk,’ bermakna serangan militan dianggap kemungkinan besar berlaku, khususnya kerana ancaman oleh militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq yang menggalakkan penyokongnya menyerang Barat. – Reuters