Insiden keganasan Perancis tarik perhatian UPKO

Insiden keganasan Perancis tarik perhatian UPKO

KOTA KINABALU, 15 Julai – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan-dusun Murut Bersatu (UPKO) melahirkan rasa sedih terhadap insiden keganasan di Nice, Perancis pada Khamis yang mengorbankan 84 orang.

Ketua penerangan UPKO Albert Bingkasan berkata serangan kejam itu mungkin berlaku di negara yang terletak jauh tetapi kita telah pun menyaksikan tanda-tanda keganasan berlaku di Malaysia sendiri.

“Dalam hubungan ini, UPKO menyeru semua pihak supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan mereka. Lebih penting, kita di Malaysia harus mengambil iktibar dengan mempromosikan apa yang baik dan menolak segala bentuk tindakan yang membawa kerosakan dan bahaya.

“Saya mendoakan semoga kira semua hidup bahagia untuk selama-lamanya tetapi kita semua harus menikmati keamanan, keharmonian dan kemajuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama