Insiden luar gelanggang tidak jejas kemaraan Ivanovic

Insiden luar gelanggang tidak jejas kemaraan Ivanovic

MELBOURNE, 21 Jan – Ana Ivanovic terperanjat apabila seorang penonton terjatuh dari tangga ketika pusingan ketiga Terbuka Australia yang memaksa perlawanan disertainya itu ditangguhkan hampir 30 minit.

Pemain pilihan ke-20 dari Serbia yang bagaimanapun menewaskan Anastasija Sevastova (Latvia) 6-3, 6-3 itu berkata, dia seakan kaku apabila mendengar insiden berkenaan di Rod Laver Arena.

“Pada mulanya, saya dapat merasakan ia seakan teruk (insiden). Saya menggeletar kerana mendengar bunyi wanita itu terjatuh amat kuat. Saya boleh mendengarnya,” kata Ivanovic mengenai kejadian itu ketika 4-3 di set pertama. Saya berhenti bermain dengan segera.”

Pegawai kejohanan berkata, wanita itu terjatuh di anak tangga di Rod Laver Arena dan segera dibantu seorang ahli perubatan profesional sebelum pasukan kecemasan tiba.

Ana Ivanovic terus mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia apabila menewaskan lawannya dari Lat-via. - Reuters
Ana Ivanovic terus mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia apabila menewaskan lawannya dari Lat-via. – Reuters