Insiden tembakan di New Orleans

Insiden tembakan di New Orleans

NEW ORLEANS, 23 Nov (Reuters) – Sekurang-kurangnya 16 orang dikejarkan ke hospital selepas kejadian tembakan di sebuah taman permainan di New Orleans, lapor stesen televisyen tempatan memetik polis, hari ini.

Stesen televisyen WWL berkata, kejadian tembakan berlaku ketika lebih 500 orang berkumpul di taman permainan Bunny Friend bagi sesi rakaman video muzik.

Sementara itu stesen televisyen ABC/WGNO melaporkan, setakat ini 10 orang cedera dan dirawat di hospital namun masih tidak diketahui sama ada tembakan senjata api atau punca lain.

WGNO berkata, siasatan awal polis menunjukkan perhimpunan berkenaan tidak mendapat permit dan suspek mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai.