Inspirasi Everton

Inspirasi Everton

WEST BROMWICH, United Kingdom, 29 Sept (AFP) – Dua ledakan Romelu Lukaku menjadi inspirasi kebangkitan luar biasa Everton selepas ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 di West Bromwich Albion semalam.

Pasukan Roberto Martinez amat ketara akan kalah apabila Craig Dawson menambah gol pembukaan separuh masa pertama Saido Berahino untuk meletakkan Albion 2-0 di depan selepas 54 minit aksi di Hawthorns.

Tetapi penyerang Belgium itu memberikan Everton talian hayat apabila menjaringkan gol seminit selepas itu dan penyerang Ivory Coast Aruna Kone pula menyamakan kedudukan pada minit ke-75 sebelum Lukaku menjaringkan gol kemenangan enam minit sebelum tamat.

Gol pertama Liga Perdana Lukaku terhasil selepas enam minggu menentang kelab yang meminjamnya dalam kempen 2012-13 dan menjulang Everton ke tempat kelima dalam carta berikutan kemenangan liga ketiga mereka musim ini.

Romelu Lukaku mengutip bola selepas menyumbat gol pertama Everton semasa menentang West Brom di The Hawthorns semalam. – Reuters
Romelu Lukaku mengutip bola selepas menyumbat gol pertama Everton semasa menentang West Brom di The Hawthorns semalam. – Reuters

Ia adalah persiapan sempurna untuk pertemuan tetangga Merseyside Everton dengan Liverpool Ahad ini, manakala kekalahan liga ketiga Albion musim ini meninggalkan pasukan Tony Pulis merana di tempat ke-15.

Terdapat sedikit tanda-tanda drama pada penhujung permainan menyebabkan Albion belum lagi mengecapi kemenangan liga musim ini selepas hanya ceria seketika dengan gol pembukaan Berahino.

Tanpa pertahanan England John Stones yang cedera, Ramiro Funes Mori diturunkan untuk aksi penuh pertama liga tetapi Everton bek tengah melakukan kesilapan untuk gol pertama Albion.

Mori telah menikmati separuh masa pertama tanpa gangguan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa apabila kehilangan bola berhampiran garisan ke bawah selepas cuba pertahanan.

James Morrison yang mendapat bola bertindak cemerlang memberikan hantaran kepada Berahino yang bijak melorongkan bola rendah mecelah kaki Tim Howard.

ARTIKEL YANG SAMA