Inspirasi katil ala Jepun

Inspirasi katil ala Jepun

KONSEP minimalis yang semakin berkembang popularitinya, telah pun membuatkan ramai arkitek, pereka dan penghias dalaman mengimplementasikan gaya Jepun dalam hiasan kontemporari mereka.

Reka bentuk rumah moden Jepun masih mengekalkan konsep yang serupa, ringkas, kurang bersegi, pintu kaca sorong, lantai kayu dan binaan daripada konkrit mempamerkan pembaharuan dalam reka bentuk seni bina Jepun.

Namun, fungsi ruang tetap sama iaitu untuk memberi keselesaan kepada penghuni dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Hampir kebanyakan hiasan dalaman Jepun menumpukan pada reka bentuk bilik tidur dengan menampilkan pelbagai idea gaya katil Jepun yang hebat sesuai dengan hiasan gaya rumah kontemporari.

Konsepnya sangat sederhana dan ringkas. Tiada rekaan perabot-perabot yang menyemakkan pandangan, ini menjadikan bilik tidur anda nampak lebih kemas, praktikal dan bersih.

Jika kita lihat, konsep katil rendah sudah sinonim dengan negara Jepun yang sering mengetengahkan rekaan minimalis pada kamar tidur.

Namun begitu, sejajar dengan pembangunan arus semasa, konsep ini sudah pun dimoden-kan dan menjadi pilihan rata-rata peminat dekor serata dunia.

Bukan sekadar hanya mementingkan gaya, konsep ini juga sesuai buat mereka yang mempunyai anak kecil kerana kedudukan tilam yang rendah dapat mengelakkan risiko anak kecil terjatuh ke katil.

Kamar tidur berkatil rendah juga mampu untuk mencipta ruang yang lapang dan meningkatkan nilai keselesaan. Di samping itu, ruang penstoran menjadi lebih luas dan paling utama, masalah habuk dapat dikurangkan.

Di sini ada beberapa inspirasi dalam mempertimbangkan keputusan untuk bertukar kepada kamar tidur yang berkonsep katil rendah.

ARTIKEL YANG SAMA