Inspirasi larian wanita

Inspirasi larian wanita

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Kira-kira 2,000 peserta wanita kelihatan bersemangat hari ini ketika mengikuti acara larian She Runs 2016, yang telah berlangsung seawal pagi lagi di kawasan letak kereta berhampiran dengan Premis Fitness Zone, Serusop.

Dengan memecahkan rekod keramaian pada tahun lepas, She Runs 2016 terdiri daripada para wanita yang datang dari 16 buah negara.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan melancarkan acara tersebut bersama Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun dan juga Pengurus Sumber-sumber Manusia Kumpulan QAF Brunei, Julinda Dharmawan.

Turut hadir ialah wakil-wakil penaja acara larian She Runs yang lain iaitu Pengurus Besar Brunei Press, Reggie See, dan juga Pengurus Loyalty Royal Skies (Royal Skies Manager Loyalty), Wen.

Wu Chun semasa memberi ucapannya menyatakan, “Salah satu sebab saya berusaha gigih dalam menganjurkan She Runs adalah sebagai hadiah Hari Ibu kepada mendiang ibu saya.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan melancarkan acara larian She Runs 2016 yang disertai lebih 2,000 peserta, semalam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan melancarkan acara larian She Runs 2016 yang disertai lebih 2,000 peserta, semalam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Julinda Dharmawan (kiri) dan Wu Chun selepas merasmikan larian She Runs 2016.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Julinda Dharmawan (kiri) dan Wu Chun selepas merasmikan larian She Runs 2016.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Wu Chun bergambar ramai bersama ahli YASKA dan Special Olympic Brunei.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Wu Chun bergambar ramai bersama ahli YASKA dan Special Olympic Brunei.

“Sejak remaja lagi, ibu saya sudah memberi inspirasi kepada saya dengan komitmen beliau terhadap kerja amal. Dia membantu saya memahami mengapa sebagai seorang wanita, sebagai seorang ibu yang hebat adalah perkara yang paling membanggakan di dunia, dan sebab itu saya berhasrat untuk mengumpulkan wanita bagi meraikan kejayaan wanita.

Ujarnya lagi, “kumpulan kami tidak akan dapat mencapai impian ini dan She Runs tidak akan berjaya tanpa penyokong kami, penaja kami, media, dan kesemua wanita yang mengikuti larian ini.”

pg01_160516_b

Timbalan Pengurus Besar Brunei Press, Hazizah Osman (tiga kiri) dan Pengurus Kanan Kewangan Brunei Press, Suzie Huong (empat kiri) bersama warga Brunei Press yang menyertai She Runs 2016.
Timbalan Pengurus Besar Brunei Press, Hazizah Osman (tiga kiri) dan Pengurus Kanan Kewangan Brunei Press, Suzie Huong (empat kiri) bersama warga Brunei Press yang menyertai She Runs 2016.
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada acara larian She Runs 2016.
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada acara larian She Runs 2016.
Pameran Kereta jenama BMW juga diadakan.
Pameran Kereta jenama BMW juga diadakan.

Walaupun acara larian sudah tamat, kebanyakan peserta wanita masih lagi berada di tempat berkenaan dalam memeriahkan lagi aktiviti dan permainan yang diadakan dengan bantuan daripada penaja-penaja seperti Kingston Ice Cream, Revive dan Redbull.

Selain itu, para penaja larian juga turut menerima pelbagai hadiah seperti barangan sukan dari Under Armour, dan juga Zen Spa.

Pada acara itu, larian Kategori 3.7km telah dijuarai oleh Jenny Tan, manakala, tempat kedua dan ketiga dirangkul oleh Syam dan Mei Ting.

Bagi Kategori 5km pula, tempat pertama disandang oleh Yenny Muslim, Dazzling Marnie di tempat kedua dan tempat ketiga dimiliki oleh Claire.

ARTIKEL YANG SAMA