Inspirasi seorang ayah ke arah hidup sihat

Inspirasi seorang ayah ke arah hidup sihat

HONG KONG – Dengan berat badan 120 kilogram dan selalu merokok serta kaki botol,suka berseronok serta berpesta di kelab-kelab malam Hong Kong, David Gething sedang bertarung setelah diserang sakit jantung pada hari jadi beliau yang ke-40 tahun. Chris bertarung nyawa dan boleh berakhir di atas meja bedah namun semua itu dapat diatasinya.

Pada hari ini, beliau telah aktif menyalurkan tenaganya dalam bidang sukan dan berlari sehingga memasuki rekod dunia.

Kini, beliau berusia 41 tahun, Gething memiliki dua rekod marathon dunia dan baru sahaja menerbitkan sebuah buku mengenai pengembaraan perlumbaannya, Relentless.

“Menjadi seorang ekspatriat membuka banyak pintu, dan anda boleh melepaskan diri dengan gaya hidup berparti yang tidak dapat anda bayangkan di kampung sendiri,” beritahunya kepada AFP. “Namun tidak ada apa-apa yang dating tanpa pengorbanan dan gaya hidup tersebut pastinya membawa masalah kepada anda.”

Gething, kini mempunyai berat 67 kilo, mengenalpasti saat-saat apabila hidupnya berubah, memuji isterinya kerana bercakap secara serius kepadanya sebelum kelahiran anak pertama mereka dan menyedarkan dirinya mengenai beberapa hakikat hidup. Beliau berkata: “Isteri saya bertanya saya sama ada ia adalah apa yang saya ingin anak perempuan saya contohi dan ikut jejak apabila sudah dewasa nanti? “Dengan kata-kata demikian, benteng pertahanan diri saya pun pecah berderai. Saya berusia 32 tahun, saya melihat diri saya sebagai seorang lelaki suka berparti, namun dengan penilaian jujur isteri saya, saya melihat diri saya lebih lebih seperti seorang lelaki yang sedang menuju ke arah satu serangan jantung.”

Gething kini sudah berusia 41 tahun dan memiliki dua rekod maraton dunia dan baru sahaja menerbitkan sebuah buku mengenai pengembaraan perlumbaannya. – AFP
Gething kini sudah berusia 41 tahun dan memiliki dua rekod maraton dunia dan baru sahaja menerbitkan sebuah buku mengenai pengembaraan perlumbaannya. – AFP

Ketagihan sendiri

Beliau berhenti merokok dan keesokan harinya mendaftar untuk menyertai ultramaraton enam hari sejauh 250 kilometer di Padang Pasir Gobi.

“Saya tidak pernah berlari lima kilometer sebelum ini, apatah lagi maraton. Ia kelihatan tidak masuk akal, namun saya memerlukan sesuatu yang cukup menakutkan untuk memastikan saya tidak menjadi malas atau berputus asa,” tambahnya.

Bekerja sebagai doktor haiwan pada siang, beliau mempunyai setahun untuk berlatih, dan mulai menunggang basikal sebelum beralih kepada larian.

“Berlari adalah terlalu sukar apabila keadaan badan saya berada dalam keadaan yang tidak sihat. Ia pastinya bukan sebarang perubahan ajaib dan saya tidak sihat dari segi fizikal. Namun sedikit demi sedikit, saya berjaya mengatasinya,” katanya. Dengan rasa kagum, beliau bukan sahaja menamatkan ultramaraton, beliau berasa seronok dan tidak sabar-sabar untuk menghadapi satu lagi cabaran baru, menyertai triatlon, maraton dan pertandingan Iron Man di seluruh dunia.

Namun beliau masih teringinkan lebih banyak lagi. “Saya pastinya mempunyai personaliti ketagihan,” katanya. “Saya mengambil masa tiga puluh tahun untuk menyedarinya, dan untuk memahami personaliti tersebut, saya perlu mengambil pendekatan membina dan bukannya yang bersifat memusnah.” Pada tahun lalu beliau menyertai Cabaran Maraton Dunia, berlari tujuh maraton di tujuh benua dalam masa tujuh hari.

Beliau kehilangan sebahagian daripada jari kakinya akibat reput fros di Antartika dan mengalami buku lali retak ketika berlumba di Afrika, namun menewaskan 11 pesaing lain untuk memenangi kejuaraan keseluruhan.

Sebaliknya beliau mencatat rekod dunia baru untuk maraton paling pantas di Antartika dalam masa 3.21:35 saat dan bukan mengalami serangan jantung sebelum usia 40 tahun. Beliau juga mencatat satu lagi rekod untuk masa terkumpul 25.36:03 dalam kesemua perlumbaan.

“Ia merupakan satu pengalaman yang mengagumkan. Maraton yang paling saya suka adalah Antartika. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam iklim cuaca sejuk. Sebenarnya saya tidak pernah melihat salji turun sebelum ini dalam seumur hidup saya. Namun hanya dengan melihat persekitaran yang diliputi ais putih, tanpa sebarang tanda-tanda kehidupan, adalah menakjubkan.”

Kedegilan dan kesungguhan

Gething percaya kejayaan dalam perlumbaan jarak jauh atau ketahanan sebahagian besarnya bergantung pada kekuatan mental dan permainan minda.

Gething percaya kejayaan dalam perlumbaan jarak jauh atau ketahanan bergantung pada kekuatan mental dan permainan minda.
Gething percaya kejayaan dalam perlumbaan jarak jauh atau ketahanan bergantung pada kekuatan mental dan permainan minda.
Bekerja sebagai doktor haiwan pada siang, beliau mempunyai setahun untuk berlatih, dan mulai menunggang basikal sebelum beralih kepada larian.
Bekerja sebagai doktor haiwan pada siang, beliau mempunyai setahun untuk berlatih, dan mulai menunggang basikal sebelum beralih kepada larian.

Beliau berkata: “Saya menumpu pada perkara kecil. Pergi ke penahan air seterusnya. Mendaki bukit itu. Tidak lama kesemua ini akan menambah menjadi bahagian besar dalam perlumbaan, dan sebelum anda tahu, anda sedang menuju ke garisan penamat.

“Saya fikir kemahiran saya adalah dalam keazaman dan ketabahan, dan bukannya bakat mentah. Mungkin perjalanan saya daripada tubuh badan berat, lelaki yang tidak mempunyai badan sihat kepada pelari maraton mengajar saya beberapa pengajaran mengenai keazaman dan ketabahan.”

Makanan juga memain peranan. Gething telah meninggalkan daging merah, memakan diet yang berasaskan tumbuhan dan ikan apabila berlatih keras tetapi memilih diet vegan pada masa lain.

Terdapat juga pengorbanan lain. Beliau bangun pada pukul 4:30 pagi untuk berlatih selama beberapa jam sebelum larian sekolah dan kerja dan selalunya tidur pada pukul 8 malam.

Sudah berkahwin dan bahagia dikurnia dua orang anak, Gething tidak mempunyai penyesalan.

Beliau mengendali perniagaan veterinary dan lariannya telah membawanya ke semua tempat dari Korea Utara ke Hawaii. Namun beliau mengakui beliau tertanya-tanya apa yang mungkin berlaku sekiranya beliau menumpu pada sukan itu sebelumnya.

Beliau mengetepi idea mengatakan beliau mungkin memperoleh kegemilangan Olimpik tetapi berasa kagum dengan pelari maraton elit yang goyah pada akhir marathon dua jam.

Atlet Kenya Dennis Kimetto buat masa sekarang memegang rekod dunia untuk maraton standard dalam masa 2.02:57, tatkala perdebatan meletus mengenai sama ada manusia boleh berlari dengan lebih pantas. Gething berkata: “Kami sudah amat dekat. Anda memecahkannya dan ia adalah 178 saat. Dalam jarak 42.2 kilometer. Seseorang hanya perlu berupaya berlari empat saat satu kilometer lebih cepat daripada Kimetto. Ia tidak mustahil.” – AFP