Inspire Magazine lancar laman web baharu

Inspire Magazine lancar laman web baharu

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Bagi memberikan akses kepada cerita-cerita kejayaan warga tempatan yang diterbitkan dalam majalahnya, Inspire Magazine telah melancarkan laman web terbarunya iaitu www.Yesinspire.com.         Majlis pelancarannya telah berlangsung di Ibu Pejabat Inspire Magazine Catalyst di Serusop, petang tadi.

Menurut Penerbit Inspire Magazine, Shaun Hoon, laman web terbaru itu membolehkan pembaca majalah berkenaan untuk memuat turun majalah-majalah edisi kegemaran mereka melalui fail pdf secara percuma.

Selain itu, laman web tersebut menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pembaca untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada penyumbang-penyumbang terkenal seperti Dato Abdul Razak, Dr. Lim Lai Cheng, Dato Timothy Ong, Dr. John Friis dan ramai lagi.

Gambar ramai Shaun Hoon bersama kumpulan Inspire Magazine yang telah menjayakan pelancaran laman web majalah berkenaan.
Gambar ramai Shaun Hoon bersama kumpulan Inspire Magazine yang telah menjayakan pelancaran laman web majalah berkenaan.
Shaun Hoon memberitahu laman web terbaru itu membolehkan pembaca majalah Inspire untuk memuat turun edisi kegemaran mereka.
Shaun Hoon memberitahu laman web terbaru itu membolehkan pembaca majalah Inspire untuk memuat turun edisi kegemaran mereka.

YesInspire.com merangkumi 260 cerita oleh Inspire Magazine sejak ia diterbitkan buat kali pertama pada Januari 2016. Majalah tersebut telah banyak menarik perhatian individu-individu dengan profil tertinggi antarabangsa melalui temu duga seperti Fan BingBing, Robert Kiyosaki, Shila Amzah, Jack Neo dan juga selebriti tanah air seperti Wu Chun, Fakhrul Razi dan Norali Ali.”

Menurut beliau lagi, majalah Inspire bertujuan untuk memberi inspirasi untuk masa depan Brunei yang lebih baik, dengan bakat tempatan yang diiktiraf berkongsi cerita mereka yang memberi inspirasi dan amalan terbaik bagi dalam dan luar Negara.

“Terbitan majalah Inspire bagi bulan April akan bertemakan pada inovasi. Menampilkan temu bual eksklusif bersama Guy Kawasaki, salah seorang guru dalam pemasaran dan inovasi dari Silicon Valley. Inspire Magazine turut menampilkan Soon Loo selaku pengasas Wing-It,” tambah Shaun lagi.

ARTIKEL YANG SAMA