INSPIRIO sedia beri perkhidmatan terbaik

BANGKOK, 13 Nov – INSPIRIO, agensi transformasi digital yang pertama seumpamanya di Asia, mengumumkan pelan pengembangan selanjutnya untuk benua Asia yang berkembang pesat.

Pada masa ini ia memberi perkhidmatan dan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat dalam Fortune 500, termasuk penyiar media yang terbesar di Thailand, dalam peranan sebagai penasihat, perundingan dan latihan, bidang tugas agensi itu meliputi teknologi global, syarikat FMCG, dan syarikat permulaan yang berinovatif.

Perkhidmatan mereka merangkumi daripada menawarkan penyelesaian media sosial dan kreatif, analisis digital dan perisikan perniagaan sehingga kepada menerajui kempen bertaraf dunia dan projek-projek strategik.

Vorasiri Supanichvorapart telah dilantik sebagai Pengarah Khidmat Pelanggan dan Pemasaran, dan melapor terus kepada Charoen Singh, Rakan Pengasas dan Pengarah Urusan.

Vorasiri membawa pengalaman yang sangat relevan selama lebih 10 tahun di dalam Reka Bentuk Pengalaman Digital, Analisis Sosial dan Perisikan, yang terbaharu di dalam memimpin hala tuju strategik untuk sebuah agensi digital utama.

Pelantikan Vorasiri adalah sebagai respons kepada pertumbuhan berterusan bagi perniagaan INSPIRIO, yang telah membabitkan diri dalam perniagaan baharu pada awal tahun 2017.

Vorasiri akan berpangkalan di Bangkok, Thailand, untuk mengurus dan membangunkan beberapa perhubungan pelanggan penting bagi firma itu. Beliau juga memikul tanggungjawab keseluruhan untuk menyelia aktiviti pemasaran di Asia.

“INSPIRIO mempunyai sebuah reputasi yang sangat kukuh di dalam industri digital, yang digabungkan dengan pertumbuhan firma itu yang berjaya di Eropah dan Asia, telah menarik saya kepada peranan itu,” kata Vorasiri.

Vorasiri, yang menyertai INSPIRIO daripada agensi yang lebih besar di dalam komuniti digital untuk Perisikan Pasaran, mempunyai lebih 10 tahun pengalaman perkhidmatan, dengan kepakaran khusus di dalam transformasi digital.

Charoen Singh, Rakan Pengasas dan Pengarah Urusan bagi INSPIRIO berkata, “Kami amat gembira untuk mengalu-alukan seseorang yang berkaliber seperti Vorasiri ke dalam perniagaan ini. – Bernama