Institusi ban...

Institusi bantu pencari kerja bukan graduan akan ditubuh

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Usaha terus digandakan untuk meningkatkan keupayaan sumber tenaga manusia di kalangan anak tempatan bagi menangani masalah pengangguran dan dalam hubungan itu, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi membantu mereka termasuk pelaksanaan program I-RDY pada awal April nanti.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga sedang meneliti bagi penubuhan sebuah institusi yang dapat membantu pencari kerja bukan graduan di mana ia akan menyalurkan latihan yang menjurus kepada kompetensi mereka.

Penelitian penubuhan institusi itu di kongsi oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dalam ucapan penangguhannya di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA