Institusi pendidikan luar tarik pelajar

Institusi pendidikan luar tarik pelajar

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Agensi perkhidmatan pendidikan, Findlay (B) Sdn Bhd mengumpulkan 10 buah universiti dan kolej dari UK, Kanada, Australia dan Singapura yang berdaftar dengannya melalui Pameran Pelajar yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun hari ini.

Pameran Pelajar kali kedua ini bertujuan membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini mengenai universiti dan kolej yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran mereka. Lebih 100 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran menghadiri pameran itu.

Pengarah Findlay, Sunita Martin ketika ditemu bual mengatakan, pameran juga bagi membantu pelajar membuat pilihan jurusan yang tepat dan diminati. “Kita tidak mahu melihat pelajar-pelajar ini memilih bidang yang tidak diminati atau membuat keputusan yang salah dalam bidang yang ditawarkan,” jelas beliau lagi.

“Selain membantu memilih jurusan dan universiti yang bertepatan dengan mereka, pelajar juga mempunyai banyak pilihan daripada 10 buah universiti dan kolej yang menyertai pameran,” katanya.

Para pelajar mendapatkan nasihat daripada salah seorang wakil sebuah universiti di UK.
Para pelajar mendapatkan nasihat daripada salah seorang wakil sebuah universiti di UK.
Wakil universiti ketika memberi penerangan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke luar Negara.
Wakil universiti ketika memberi penerangan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke luar Negara.

ARTIKEL YANG SAMA