Insurans Islam Taib sumbang beg

Insurans Islam Taib sumbang beg

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh TAIB

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Dalam sama-sama memperbesarkan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Khas Wanita Peringkat Negara bagi tahun 1437 Hijrah pada 28 Rabiulawal 1437 Hijrah bersamaan 9 Januari 2016, bermula jam 8 pagi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dalam menjayakan majlis ini, Insurans Islam TAIB buat tahun ke-13 berturut-turut telah berkesudian menyumbangkan sejumlah 4,500 keping beg bertenun dan 4,500 botol air mineral bagi kegunaan pada majlis itu nanti.

Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Hajah Suzana binti Haji Mirasan kepada Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di KHEDN, Datin Elinda C.A Mohammad, selaku pengerusi bersama Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. 1437 Hijrah.

Bergambar ramai semasa menyampaikan sumbangan.
Bergambar ramai semasa menyampaikan sumbangan.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB, Bangunan Suria Kiulap, baru-baru ini.

Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan berkenaan ialah para pegawai dari Insurans Islam TAIB dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA