Intel bekal kuasa pengkomputeran bagi Delphi

Intel bekal kuasa pengkomputeran bagi Delphi

DETROIT, 29 Nov – Pembuat elektronik dan alat ganti kereta, Delphi Corp. telah menandatangani satu perjanjian dengan Intel untuk membeli pemprosesan komputer berkuasa tinggi bagi sistem kenderaan autonomi masa depan Delphi.

Delphi berkata kapasiti pengkomputeran tambahan Intel akan diperlukan sebagai sistem kenderaan autonomi yang mengumpulkan dan menyimpan lebih banyak maklumat di samping mengembangkan keupayaan mereka untuk menangani situasi dalam jalan raya sebenar.

Pada Ogos, Delphi mengumumkan bahawa ia telah menyertai pembuat perisian Israel Mobileye untuk membangun blok bangunan bagi kereta autonomi sepenuhnya dalam masa dua tahun.

Intel Corp. akan membekalkan Delphi dengan komputer kapasiti tinggi yang diperlukan untuk memproses input dari radar, kamera dan sensor laser serta peta-peta jalan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA