Intel, Micron dedah cip revolusi

Intel, Micron dedah cip revolusi

SAN FRANCISCO, 29 Julai (AFP) – Intel dan Micron Technology semalam mendedahkan apa yang mereka gelar sebagai cip memori baru yang boleh “merevolusi” peranti, perkhidmatan dan aplikasi komputer.

Intel dan Micron, kedua-duanya berpangkalan di Amerika Syarikat, berkata cip dengan teknologi 3D XPoint, digambarkan sebagai ‘kejayaan besar,’ telah pun dihasilkan dan mewakili memori baru pertama sejak pengenalan pancaran NAND pada 1989.

“Memori kelas baru ini merupakan satu teknologi revolusi yang membenarkan kemasukan yang cepat ke dalam set data besar dan membolehkan penggunaan aplikasi baru,” kata presiden Micron Mark Adams dalam satu siaran akhbar.

Memori tidak mudah berubah bermakna data disimpan walaupun apabila tenaga ditutup.

Intel dan Micron berkata ledakan peranti daripada telefon pintar dan jalur kesihatan kepada meter elektrik, perkakasan, kereta dan lain-lain sedang menghasilkan sejumlah besar data baru yang mesti disimpan dan dianalisis dengan segera.

An Intel logo is seen at the company's offices in Petah Tikva, near Tel Aviv

Teknologi cip memori baru adalah 1,000 kali lebih cepat dan lebih tahan berbanding NAND, memori tidak mudah berubah popular yang digunakan dalam komputer, dan 10 kali lebih padat daripada apa yang biasa digunakan dalam mesin apabila ia membabitkan pengumpulan data, menurut syarikat.

“Selama beberapa dekad, industri telah mencari cara-cara untuk mengurangkan masa susul di antara pemproses dan data untuk membenarkan analisis yang lebih cepat,” kata naib presiden senior Intel Rob Crooke.

“Kelas memori tidak berubah baru ini mencapai matlamat berkenaan dan membawa perubahan prestasi kepada memori dan penyelesaian simpanan.”

Contoh faedah yang diperoleh daripada teknologi tersebut termasuk pemilik kedai dapat mengenal pasti corak penipuan dalam urus niaga kewangan dalam masa yang lebih cepat; penyelidik penjagaan kesihatan menganalisis data dalam masa sebenar, dan mengesan penyakit atau menghuraikan data genetik.

Teknologi 3D XPoint juga boleh mempertingkat komputer peribadi dalam cara yang dapat menjadikan interaksi sosial media lebih cepat atau permainan video lebih khusyuk, kata syarikat.