Intel pecat 12,000 pekerja

Intel pecat 12,000 pekerja

SAN FRANCISCO, 20 April (AFP) – Intel akan mengurangkan sehingga 12,000 jawatan di seluruh dunia dalam usaha mengukuhkan perniagaan dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran komputer peribadi (PC) yang kian lemah.

Menurut gergasi teknologi Amerika Syarikat itu hari ini, syarikat yang terkenal sebagai peneraju pengeluar cip komputer, berkata penstrukturan semula itu akan menghapuskan 11 peratus daripada tenaga kerja Intel menjelang pertengahan 2017.

Malah, beberapa tahun ini Intel dilihat beralih kepada teknologi mudah alih dan teknologi baharu muncul seperti penjagaan kesihatan dan peranti teknologi perhubungan.

“Ia bertujuan mempercepatkan evolusi syarikat komputer peribadi kepada syarikat yang menjana teknologi pengkomputeran awam dan berbilion peranti pengkomputeran pintar mampu hubung,” menurut firma yang berpangkalan di California itu dalam satu kenyataan.

Gambar fail bertarikh 7 Januari 2016 menunjukkan komputer riba yang menggunakan cip Core generasi keenam Intel dikenali sebagai Skylake, berada di ruang jualan Intel semasa pameran CES Antarabangsa di Las Vegas. - AP
Gambar fail bertarikh 7 Januari 2016 menunjukkan komputer riba yang menggunakan cip Core generasi keenam Intel dikenali sebagai Skylake, berada di ruang jualan Intel semasa pameran CES Antarabangsa di Las Vegas. – AP

Penganalisis NPD, Stephen Baker berkata, pengurangan tenaga kerja pengeluar cip itu adalah ‘bukan satu kejutan’. Intel ditubuhkan pada 1968.

Saham Intel jatuh lebih daripada dua peratus dalam perdagangan kepada AS$30.90. Intel akan memperuntukkan AS$1.2 bilion bagi menampung kos pengurangan pekerjaan, dan menjangka menyelamatkan program AS$750 juta pada tahun ini dan AS$ 1.4 bilion menjelang pertengahan 2017. Syarikat itu berkata ketua pegawai kewangan Stacy Smith akan membuat “peralihan kepada peranan baru terhadap jualan, pembuatan dan operasi apabila penggantinya akan ditempatkan.”

Jualan komputer peribadi itu merosot bagi suku keenam berturut-turut pada awal 2016, jatuh ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2007, menurut laporan pengesan pasaran minggu lepas.

ARTIKEL YANG SAMA