Inter berdepan ujian getir

Inter berdepan ujian getir

MILAN, 16 Sept – Impian Mauro Icardi untuk ‘memenangi trofi’ bersama Inter Milan berdepan kesukaran dalam Liga Europa dan sekarang menghadapi ujian getir Serie A dalam kunjungan ke pasukan juara Juventus Ahad ini dalam pertembungan terkenal ‘Tetangga Italia’.

Penyerang Argentina itu menjaringkan enam kali ketika menentang Old Lady of Turin itu termasuk tiga kali bersama bekas kelabnya Sampdoria.

Dan dengan tiga gol dari tiga perlawanan pembukaan musim ini, pemain pilihan peminat berusia 23 tahun tersebut dilihat akan melanjutkan rekod cemerlangnya menentang penjaga gol legenda Juventus Gianluigi Buffon.

Inter dengan lima mata di belakang pasukan gergasi Turin berharap memerlukan harapan baru selepas mengalami kekalahan mengejut 2-0 kepada Hapoel Beer Sheva dalam perlawanan pembukaan Liga Europa semalam.

Icardi berkata dalam perlawanan itu dia mahu untuk mengikut jejak idolanya, bekas pemain penyerang Inter dan Barcelona, Ronaldo yang membantu Inter menjulang gelaran Piala UEFA pada 1998.

Reaksi penjaga gol Inter Milan Samir Handanovic selepas pemain Hapoel Beer Sheva menjaringkan gol dalam aksi Liga Europa di Stadium San Siro, kelmarin. – AFP
Reaksi penjaga gol Inter Milan Samir Handanovic selepas pemain Hapoel Beer Sheva menjaringkan gol dalam aksi Liga Europa di Stadium San Siro, kelmarin. – AFP

“Ronaldo adalah penyerang terhebat sepanjang masa, tetapi saya mahu memenangi trofi dengan memakai jersi ini,’ katanya.

Icardi gagal untuk menghasilkan impak sebagai pemain gantian lewat semalam, apabila Inter melihat segalanya sebagai pencabar gelaran.

Pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci menjangka persaingan ‘sengit’ di San Siro tetapi selepas keputusan seri tanpa jaringan bersama Sevilla dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka pada pertengahan minggu, berkata Juventus tidak akan goyah dari usaha mereka memenangi enam gelaran berturut-turut.

“Saya menjangkakan perlawanan sengit kerana jangan lupa: Ia adalah pertembungan tetangga Italia,” Bonucci memberitahu Sky Sport.

“Sebagai sebuah skuad, mereka (Inter) masih dalam pembinaan, mereka memiliki pemain baru dan jurulatih baru. Mereka mahu menunjukkan mereka boleh bersaing bersama Juventus.

“Tetapi selepas empat keputusan seri dalam Liga Juara-Juara kami, mereka akan menghadapi Juventus yang lebih dahaga, yang mahu menjadi pasukan pertama di Itali untuk memenangi enam gelaran liga berturut-turut.” – AFP