Inter intai pentas Eropah

Inter intai pentas Eropah

GUANGZHOU, 27 Julai (AFP) – Mauro Icardi yang begitu bersemangat semalam berkata beliau berharap matlamatnya akan mendorong gergasi tumbang Inter Milan kembali ke persada Liga Juara-Juara UEFA musim ini.

Icardi merupakan penjaring terbanyak bersama Serie A musim lalu dengan 22 gol dan salah seorang daripada beberapa pemain positif Inter walaupun mereka selesai di tempat kelapan dan gagal melayakkan diri ke Eropah. Pemain Argentina berusia 22 tahun itu berkongsi jaringan liga dengan veteran Verona Luca Toni.

Beliau mengisytiharkan komitmennya untuk projek pembinaan semula pengurus Roberto Mancini di San Siro dengan menandatangani lanjutan kontrak baru empat tahun lagi bersama kelab itu Jun lalu.

“Saya baru sahaja menandatangani kontrak baru ketika kelab sedang membina sebuah pasukan yang hebat,” Icardi memberitahu sidang akhbar selepas latihan menjelang aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Real Madrid di Guangzhou, China hari ini.

“Kami mengharapkan tahun yang hebat dan mendapat tempat Liga Juara-Juara. Itulah matlamatnya. Kami sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kecergasan. Kami mahu bersedia supaya mempunyai musim yang hebat,” katanya.

Mauro Icardi (dua kiri) menyertai sesi latihan 20 Julai lalu sebelum aksi persahabatan menentang Bayern Munich di Shanghai, China. - AFP
Mauro Icardi (dua kiri) menyertai sesi latihan 20 Julai lalu sebelum aksi persahabatan menentang Bayern Munich di Shanghai, China. – AFP

Inter tewas kepada AC Milan di Shenzhen kelmarin, tetapi Mancini gembira melaporkan pemainnya cergas ketika bersedia berdepan superstar Real, yang membelasah Manchester City 4-1 di Melbourne Jumaat lalu dengan Cristiano Ronaldo membintangi skuad.

“Yang bagusnya kami tidak ada masalah kecederaan,” Mancini memberitahu AFP. “Memang sentiasa sukar apabila dua perlawanan begitu rapat.

“Itulah sebabnya kami menggilirkan pemain menentang AC Milan semalam untuk mengelak kecederaan. Kami akan merubah skuad sekali lagi. Kami mahu bermain dengan baik.

“Real Madrid mungkin pasukan yang lebih baik berbanding kami pada masa ini dan jauh ke hadapan dalam pra-musim.

“Kami mahu menang setiap perlawanan tetapi apa yang lebih penting ialah kami menguji diri sendiri, bekerja keras dan memperbaiki diri sebagai persediaan untuk menghadapi permulaan Serie A.”

ARTIKEL YANG SAMA