Inter kembali ke puncak liga

Inter kembali ke puncak liga

MILAN, 28 Okt (AFP) – Inter Milan kembali menduduki tempat teratas Serie A buat sementara waktu semalam dengan kemenangan tidak meyakinkan ke atas Bologna yang menghentikan empat perlawanan tanpa kemenangan bagi pasukan Robert Mancini.

Inter terpaksa bermain 10 orang pada 30 minit terakhir selepas pemain tengah dari Brazil, Felipe Melo diperintah keluar padang, tetapi pasukan pelawat diberikan tiga mata penuh apabila kesilapan pertahanan membolehkan Mauro Icardi menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67.

Kemenangan pertama Nerazzurri dalam tempoh sebulan menyaksikan mereka mempunyai kelebihan satu mata untuk berada di tempat teratas, meskipun pendahulu sebelum ini, Roma boleh merampas semula tempat pertama jika berjaya menewaskan Udinese hari ini.

Napoli, Fiorentina dan Lazio kesemuanya tiga mata di belakang Inter dengan baki satu lagi perlawanan, sementara kekalahan bagi Bologna bermakna pasukan itu masih layu dalam zon penyingkiran.

Inter menjadi penentu rentak pada awal musim selepas memulakan bermula dengan lima kemenangan berterusan tetapi kekalahan teruk di tempat sendiri kepada Fiorentina bulan lalu adalah pemangkin penurunan mendadak nasib mereka.

Icardi meraikan jaringan semasa menentang Bologna dalam aksi Serie A di stadium Dall’Ara di Bologna semalam. – AFP
Icardi meraikan jaringan semasa menentang Bologna dalam aksi Serie A di stadium Dall’Ara di Bologna semalam. – AFP

Kekecewaan itu diikuti dengan tiga keputusan seri berterusan dan persediaan Inter bagi perlawanan semalam jauh daripada sempurna apabila jurulatih pasukan itu tiba di Stadio Renato Dall’Ara kurang sejam sebelum perlawanan bermula selepas terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas.

Stevan Jovetic tidak diturunkan dengan Adem Ljajic diturunkan hanya pada permulaan kedua musim ketika Inter berusaha menyelesaikan masalah jaringan mereka, tetapi pertahanan mereka yang hampir dicerobohi dalam tempoh lima minit perlawanan bermula apabila Amadou Diawara berjaya mengatasi cabaran Anthony Mounier.

Pasukan pelawat telah mencipta sembilan gol sepanjang sembilan perlawanan dan telah memberikan peluang berharga ketika tendangan percuma jarak jauh Ljajic dengan mudah dipatahkan oleh penjaga gol Bologna Angelo Da Costa sebelum rehat.