Inter kembali terajui Serie A

Inter kembali terajui Serie A

MADRID, 1 Nov (Reuters) – Inter Milan menewaskan AS Roma 1-0 untuk menggantikan mereka di tangga teratas Serie A menerusi jaringan Gary Medel sementara Juventus kembali kepada kemenangan dengan jaringan akhir menerusi Juan Cuadrado menyelamatkan kemenangan 2-1 ke atas Torino semalam.

Stevan Jovetic memberikan umpanan kepada Medel yang melepaskan rembatan leret dari luar kawasan penalti selepas minit ke-31 untuk memberikan pendahuluan kepada Inter.

Mohamed Salah dan Edin Szeko dari Roma terlepas peluang dan kesukaran pasukan pelawat berterusan apabila Miralem Pjanic memegang bola pada minit ke-73 dan diarah meninggalkan padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

Kekalahan itu menamatkan lima kemenangan berturut-turut Roma, yang membolehkan mereka di tangga kedua dengan 23 mata, satu mata di belakang Inter, yang mencatatkan tujuh perlawanan bersih berturut-turut sepanjang kempen itu.

Juventus menghoskan Torino di Turin yang berharap untuk menghindarkan krisis seterusnya berikutan kekalahan minggu lalu di tangan Sassuolo, kekalahan keempat bagi juara itu musim ini.

Paul Pogba membuka jaringan selepas minit ke 19 apabila mendapatkan hantaran dari Cuadrado dalam lariannya dan mengangkat bola sebelum meledakkan voli yang menewaskan Daniele Padelli.

Torino menyamakan kedudukan pada minit ke-51 apabila Cesare Bovo melakukan sepakan bebas terhadap rakan sepasukan, Daniele Baselli, hanya menyudahkan sepakan yang melantun di atas gawang kendalian Gianluigi Buffon. Kemenangan hadir pada minit kedua masa penamat apabila Alex Sandro membuat hantaran lintang yang disudahkan oleh Cuadrado di depan Bruno Peres untuk menjaringkan gol jarak dekat.

Juve melonjak di atas Torino di tangga ke-10, dengan pasukan kendalian Giampiero Ventura jatuh ke tangga ke-11 dengan 15 mata.

Kemenangan hari ini bagi Napoli yang berada di tangga ketiga dan Fiorentina di tangga keempat, dengan bekas pasukan pelawat Genoa dan kemudian menghoskan Forsinone, akan menyaksikan kedua buah pasukan tersebut menyamakan mata dengan pasukan Inter.

Terdapat empat perlawanan lagi hari ini, termasuk kunjungan AC Milan ke Lazio.

ARTIKEL YANG SAMA