Inter Milan kekal di tangga teratas liga

Inter Milan kekal di tangga teratas liga

MILAN, 7 Jan – Mauro Icardi meledak gol kelapan dalam kempen musim ini untuk membantu Inter Milan menewaskan pasukan liat, Empoli 1-0, sekali gus mengekalkan kedudukan Inter teratas liga selepas perebutan mahkota Serie A disambung semula, malam tadi.

Fiorentina juga terus berada dalam kelompok tiga pasukan teratas selepas mencatat kemenangan 3-1 di Palermo yang menyaksikan pemain antarabangsa Slovenia, Josip Ilicic menyumbat dua gol untuk mengumpul sembilan jaringan dalam 18 perlawanan.

Inter membuktikan mereka menjadi satu daripada beberapa pasukan untuk menjatuhkan juara empat kali berturut-turut Juventus musim ini, selepas mengekalkan kelebihan satu mata dan perlu berterima kasih dengan jaringan kemenangan Icardi yang terhasil sebelum rehat.

Ia adalah kali kesembilan Inter menang dengan 1-0 musim ini, tetapi statistik itu tidak mungkin membimbangkan jurulatih Roberto Mancini selagi pasukannya terus meraih kemenangan.

“Empoli adalah pasukan yang benar-benar kebal di tempat sendiri dan (jurulatih, Marco) Giampaolo melakukan tugas yang baik di sini. Kami tahu dari awal lagi betapa ia tidak akan menjadi mudah,” kata Mancini kepada Mediaset.

Mauro Icardi meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas perlawanan itu berakhir. - Reuters
Mauro Icardi meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas perlawanan itu berakhir. – Reuters

“Ia adalah satu keputusan yang baik untuk kami selepas rehat musim sejuk. Kami terlepas peluang untuk mencipta kemenangan 2-0 dan mereka mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan selepas beberapa kesilapan yang kami lakukan.”

Selain Inter, Fiorentina dan Juventus meraih kemenangan, Napoli yang berada di bawah tekanan tetap kekal dalam persaingan selepas menang 2-1 ke atas Torino yang meletakkan mereka di tempat ketiga dalam liga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA