Inter Milan peroleh talian hayat

Inter Milan peroleh talian hayat

MILAN, 17 April (AFP) – Jaringan daripada Mauro Icardi dan Marcelo Brozovic memberikan Inter Milan ‘talian hayat’ untuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara selepas membenam Napoli 2-0, semalam.

Kemenangan Inter itu juga secara dasarnya mengakhiri peluang Napoli untuk menjulang gelaran Serie A buat kali pertama dalam tempoh 26 tahun.

Bertandang ke San Siro dengan semangat tinggi selepas hukuman ke atas peledak utama, Gonzalo Higuain dikurangkan, Napoli begitupun pulang hampa malah bolos seawal minit keempat selepas Icardi yang tampak ofsaid berjaya menewaskan Pepe Reina.

Seminit sebelum babak pertama berakhir, Inter meledak gol kedua menerusi Brozovic dengan perlawanan babak kedua berakhir tanpa serangan jaringan.

Inter Milan mendapat talian hayat untuk bersaing di saingan Liga Juara-juara setelah menewaskan Napoli 2-0. - AP
Inter Milan mendapat talian hayat untuk bersaing di saingan Liga Juara-juara setelah menewaskan Napoli 2-0. – AP

Napoli kekal di tangga kedua ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Juventus kedudukan itu mampu dijarakkan gergasi Turin itu yang dijadual beraksi, malam ini.

Berbaki lima perlawanan, Inter kekal di kedudukan keempat namun skuad bimbingan Roberto Mancini itu hanya dibezakan dengan tiga mata di kedudukan ketiga liga.

Bekas pengurus Manchester City itu pantas memuji pertahanan pasukannya yang beraksi cemerlang pada perlawanan terbabit namun enggan mengulas lanjut mengenai peluang ke saingan elit Eropah itu.

ARTIKEL YANG SAMA