Inter Milan seri 1-1 dengan Palermo

Inter Milan seri 1-1 dengan Palermo

ROM, 25 Okt (Reuters) – Inter Milan terlepas peluang menerajui tempat teratas Serie A apabila sekadar terikat seri 1-1 dengan Palermo semalam sementara Bologna menyusul dari belakang untuk menumpaskan Carpi dengan 10 pemain 2-1 dan Empoli membenam Genoa 2-0. Anak didik Roberto Mancini itu melanjutkan perlawanan tanpa kemenangan kepada empat perlawanan dan melepas peluang merampas kedudukan Fiorentina sebagai peneraju selepas Alberto Gilardino membatalkan gol pembukaan Ivan Perisic.

Kedudukan seri itu menyebabkan di tempat kedua dengan 18 mata, sama dengan Fiorentina yang masih berbaki satu perlawanan.

Pasukan pelawat menghasilkan gol selepas 60 minit apabila hantaran daripada Stevan Jovetic tidak disia-siakan oleh pemain gantian Jonathan Biabiany yang mengawal bola dengan baik sebelum membuat hantaran kepada Perisic yang membuat penyudah dengan rembatan gol.

Pemain hadapan Palermo, Alberto Gilardino (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Inter Milan, Jeison Murillo pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Barbera di Palermo pada 24 Oktober 2015. – AFP
Pemain hadapan Palermo, Alberto Gilardino (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Inter Milan, Jeison Murillo pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Barbera di Palermo pada 24 Oktober 2015. – AFP

Bagaimanapun Gilardino menyamakan kedudukan enam minit kemudian selepas memberi reaksi segera ke atas bola yang berada di pintu hasil hantaran jarak dekat oleh Samir Handanovic.

Mancini membuat empat pertukaran berikutan kedudukan seri 0-0 dengan Juventus pada hujung minggu lepas.

Handanovic membuat dua penyelamatan dari rembatan Franco Vazquez sementara pemain hadapan Palermo turut membuat tandukan melepasi palang gol hasil hantaran Joao Miranda.

Pemain Inter, Jeison Murillo pula dikenakan kad kuning kedua pada minit ke-79 kerana menjatuhkan pemain lawan Vazquez.