Inter perlu bangkit

Inter perlu bangkit

MILAN, 26 Jan – Roberto Mancini memberi amaran kepada Inter Milan bahawa mereka perlu bangkit daripada kemarau jaringan ketika pencabar gelaran Serie A itu mengalami kesukaran hujung minggu lalu.

“Kami mencipta peluang, tetapi kami perlu lebih bijak menangani dan menamatkannya. Jika tidak, ia akan menjadi satu masalah.

“Walaupun saya sudah berusia 50 tahun, tetapi saya akan menjaringkan gol daripada beberapa peluang yang kami ada,” kata Mancini selepas Inter melepaskan mata tiga kali berturut-turut dalam keputusan seri 1-1 menentang Carpi yang beraksi dengan 10 pemain.

Ketika pemain dari Argentina Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala meneruskan rentak jaringan, penyerang utama Inter, Mauro Icardo belum lagi dapat membuat larian.

Pemain dari Argentina itu berkongsi jaringan terbanyak bersama Luca Toni tahun lepas selepas kedua-duanya mengumpulkan 22 gol.

Mancini menyeru Inter Milan untuk bangkit selepas Nerazzuri seri 1-1 dengan Carpi hunjung minggu lalu. – Reuters
Mancini menyeru Inter Milan untuk bangkit selepas Nerazzuri seri 1-1 dengan Carpi hunjung minggu lalu. – Reuters

Dalam 21 perlawanan musim ini, Higuain berada dalam rentak dengan 21 gol dan Dybala mendapatkan gol ke-12 dalam kempen ini bagi Juventus selepas menewaskan Roma 1-0. Icardi menjaringkan lapan gol dalam 18 kemunculan.

Walaupun Icardi bukanlah satu-satunya pemain yang melakukan kesilapan bagi Inter, Ivan Perisic, yang melepaskan enam jaringan Ahad lalu, dan Adem Ljajic melepaskan beberapa peluang yang bagus. Kedudukan itu jelas mengecewakan.

Inter memburu kemenangan pertama dalam tiga perlawanan menerusi ledakan dari Rodrigo Palacio minit ke-39 sehingga menyerahkan kepada Carpi serangan mengejut pada minit-minit akhir.

Ia tidak mengambil masa panjang bagi pesaing Inter untuk mengejek pasukan Mancini, dengan gambar popular hidangan Itali, lasagna dimuat naik dalam laman-laman media sosial.

Dengan hanya lima mata selepas lima perlawanan lalu dan dengan Napoli, Juventus dan Fiorentina semuanya mencatatkan kemenangan, Inter jatuh ke tangga keempat selepas ketinggalan enam mata. – AFP