Inter terajui Serie A, benam Frosinone 4-0

Inter terajui Serie A, benam Frosinone 4-0

ROM, 23 Nov (dpa) – Inter Milan membenam Frosinone 4-0 semalam dengan Jonathan Bibiany, Mauro Icardi, Jaison Murillo dan Marcelo Brozovic menjaringkan gol untuk mengatasi Napoli dan Fiorentina, dengan mendahului dua mata di tangga teratas Serie A, Itali.

Perlawanan pada waktu malam di Giuseppe Meazza menyaksikan serangan Inter dari awal, tetapi penjaga gol mereka, Samir Hanadanovic terpaksa melalui perlawanan sukar untuk menyelamatkan bola pada minit ketujuh menerusi voli dari Danilo Soddimo.

Bibiany kemudian menjaringkan gol pada minit ke-29 selepas Nicola Leali menepis keluar rembatan dari Adem Ljajic, yang pada minit ke-53 memberikan umpanan kepada Icardi untuk membuka jaringan.

Ljajic membantu Murillo dan pemain gantian Brozovic bagi dua lagi gol.

Napoli berada di tangga kedua dengan 28 mata dari 13 perlawanan dan mengalu-alukan kedatangan Inter pada 30 November. Mereka secara sementara mengungguli kedudukan awal semalam ketika pemain penyerang Lorenzo Insigne menjaringkan gol pembukaan dan memberikan umpanan kepada Gonzalo Higuain dalam kemenangan 2-0 menewaskan Verona.

Aksi pemain Inter Milan, Mauro Icardi meraikan kejayaannya membuat jaringan pada perlawanan bola sepak Serie A menentang Frosinone di Stadium San Siro di Milan, Itali pada 22 November 2015. – Agensi
Aksi pemain Inter Milan, Mauro Icardi meraikan kejayaannya membuat jaringan pada perlawanan bola sepak Serie A menentang Frosinone di Stadium San Siro di Milan, Itali pada 22 November 2015. – Agensi

Higuain sekarang mengungguli senarai jaringan dengan 10 gol, sementara pasukan kedua tercorot, Verona menyaksikan pemain veteran Loca Toni kembali beraksi setelah mengalami kecederaan.

“Kami bersatu dan bersedia ketika kami menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan sukar,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri.

“Persaingan liga masih panjang. Sekarang ia tidak berguna untuk melihat kedudukan. Hari ini adalah penting untuk memecahkan kebuntuan menentang pesaing yang begitu agresif. Saya berbangga dengan apa yang telah kami capai sekarang, dan saya berpuas hati dengan pertahanan kami, kerana apabila kami berjaya untuk mengawal, kami mempunyai kualiti dan mengukuhkan kedudukan dalam menyudahkan rembatan.”

Juga dengan 28, tetapi mengekori perbezaan jaringan Napoli adalah Fiorentina, yang terikat seri 2-2 di tempat sendiri menentang Empoli, bangkit dari dua jaringan menerusi jaringan dari Nikola Kalinic.

Fiorentina terjejas ketika Marko Livaja meledakkan rembatan ke gawang pada minit ke-17, dan Marcel Buchel menjaringkan gol di sudut kanan dari luar kawasan 10 minit kemudian. La Viola memperbaiki selepas rehat. Pemain gantian Kalinic menyamakan kedudukan dengan tandukan pada minit ke-56 dan menjaringkan gol lima minit kemudian, mendapatkan hantaran dari Marcos Alonso dan Kouma Babacar.

Kalinic, yang menjadi kemungkinan pemenang pada minit ke-79 dinafikan oleh palang, menambah jaringan kepada sembilan, menyamakan kedudukan bersama Eder dari Sampdoria.

ARTIKEL YANG SAMA