Inter tewas di tempat sendiri

Inter tewas di tempat sendiri

ROME, 21 Dis (Reuters) – Kelebihan Inter Milan di tangga teratas Serie A semakin tipis apabila tewas 2-1 di laman sendiri kepada Lazio semalam, manakala AS Roma menewaskan Genoa 2-0.

Ia adalah kemenangan pertama Roma dalam lapan perlawanan dan meringankan sedikit bebanan ke atas pengendalinya, Rudi Garcia.

Persaingan merebut kejuaraan semakin terbuka apabila penghuni tangga kedua, FIorentina menewaskan Chievo 2-0 dan Napoli, di tangga ketiga, mengatasi Atalanta 3-1.

Deretan kemenangan Juventus berterusan apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Carpi 3-2.

Pemain Lazio Andrio Candreva meraikan gol kedua buat pasukannya. - Reuters
Pemain Lazio Andrio Candreva meraikan gol kedua buat pasukannya. – Reuters

Napoli dan Fiorentina kini berkongsi 35 mata, satu di belakang Inter yang terpaksa akur dengan dua jaringan Antonio Candreva.

Anak buah Roberto Mancini ketinggalan seawal minit kelima apabila Candreva melepaskan rembatan padu, tetapi kembali menyamakan kedudukan menerusi kapten Mauro Icardi pada minit ke-61.

Pemain tengah Brazil, Felipe Melo menghadiahkan penalti kepada lawan tiga minit sebelum tamat dan Candreva sekali lagi menewaskan Samir Handanovic walaupun sepakan awalnya ditampan penjaga gol itu.

“Malangnya Melo melakukan dua perkara bodoh,” kata Mancini. “Kami sendiri yang menyebabkan kekalahan ini, kami mensia-siakannya.”