Interhouse perkenal dua produk baru Canon

Interhouse perkenal dua produk baru Canon

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Ke arah mempertingkatkan mutu produktiviti dan permintaan pasaran yang semakin kompetitif, Syarikat Interhouse selaku pengedar produk jenama Canon telah melancarkan dua produk mesin percetakan moden terbaru jenama dari Jepun itu.

Produk baru berkenaan ialah imageRUNNER Advance (iR-ADV) A3 dan ImageRUNNER A4 Monochrome Series, yang merupakan mesin percetakan moden dengan mengetengahkan pelbagai kemudahan digital.

Pengurus Produk Interhouse, Chiu Siew Yii, ketika ditemu bual berkata, sehingga hari ini, permintaan produk mesin pencetak di pasaran semakin kompetitif dan “kami sebagai pengedar rasmi produk Canon sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan produktiviti yang tinggi”.

Dengan reka bentuk yang kompak dan warna yang terang dan tajam, produk siri terbaru ini mempunyai pelbagai fungsi yang sangat sesuai untuk penggunaan di tempat kerja, dan kumpulan kerja sederhana untuk cetakan yang berkualiti dan jimat.

imageRUNNER Advance A3 Colour Series direka dengan mengetengahkan ciri-ciri produktiviti tinggi, keselamatan, kecekapan dan proses dengan mesra alam.

ImageRUNNER A4 monochrome Series terbaru memiliki keupayaan percetakan yang lebih mudah.
ImageRUNNER A4 monochrome Series terbaru memiliki keupayaan percetakan yang lebih mudah.
ImageRUNNER Advance A3 Colour Series terbaru yang dilancarkan hari ini.
ImageRUNNER Advance A3 Colour Series terbaru yang dilancarkan hari ini.

Menyentuh mengenai imageRUNNER A4 Monochrome Series, Chiu Siew menjelaskan ia direka dengan menumpukan kepada kecekapan yang dipertingkat dan mudah digunakan.

Model mesin pencetak digital terbaru ini merupakan pencetus inovasi masa depan dunia penerbitan dan percetakan.

Antara ciri-ciri dan kelebihan mesin percetakan digital ini adalah kekuatan yang dimiliki, sekali gus menjadikan kerja-kerja percetakan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.

“Model ini juga merupakan sebuah mesin percetakan yang bersifat mesra alam yang mana kos dan penggunaan kertas untuk percetakan dapat dijimatkan,” ujar Chiu Siew.

Beliau juga berkata, dengan pelancaran dua produk terbaru itu, beliau yakin hubungan baik dengan pelanggan dan klien yang sedia ada tidak akan terjejas.

Produk-produk terbaru ini boleh didapatkan di Bilik Pameran Canon, Syarikat Interhouse, Madewa, Bunut.