Interpol rampas 4.5 tan gading gajah, badak

Interpol rampas 4.5 tan gading gajah, badak

LYON, 23 Dis (AFP) – Sebanyak 4.5 tan gading gajah dan badak dirampas manakala 376 orang ditahan dalam operasi polis antarabangsa, kata Interpol.

Interpol dalam kenyataan berkata, Operation Worthy II dikendalikan pasukan polis membabitkan 11 negara bermula Januari hingga Oktober di Habsyah, Kenya, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Sudan, Swaziland, Tanzania, Uganda dan Zambia.

Sehubungan itu, 25 kumpulan penyeludup dilumpuhkan manakala beribu-ribu produk haiwan liar dirampas termasuk lebih 2,000 kulit tenggiling dan 173 kura-kura hidup.

Selain itu, beberapa senjata turut dirampas ketika operasi berkenaan yang membawa polis hingga ke Thailand dan Singapura di mana beberapa tan gading ditemui.

Gading sering dihadiahkan sebagai hiasan dan tangkal serta digunakan dalam perubatan tradisional di merata negara Asia dengan China adalah pasaran utama bagi produk sebegitu.