Intipati Rundingan Tahunan ke-20 Brunei-Malaysia

Intipati Rundingan Tahunan ke-20 Brunei-Malaysia

1. Sepintas Lalu:

Rundingan melambangkan hubungan istimewa yang berpanjangan di antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Pemimpin-pemimpin mengesahkan semula komitmen mereka untuk meningkatkan lagi kerjasama dan kolaborasi dalam bidang-bidang berkepentingan bersama, seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan dan pertukaran belia.

2. Kemajuan Pelaksanaan Surat-Surat Pertukaran:

Pemimpin-pemimpin meluahkan rasa puas hati dengan kemajuan pelaksanaan Surat-Surat Pertukaran dan menggesa pegawai-pegawai mereka untuk meningkatkan usaha menyimpulkan elemen-elemen yang belum diselesaikan.

3. Penandatanganan MoU dalam Teknologi Hijau:

Pemimpin-pemimpin gembira dengan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Malaysia dalam bidang Teknologi Hijau.

4. Lebuh Raya Pan Borneo:

Pemimpin-pemimpin menggesa pegawai-pegawai mereka untuk memulakan perbincangan mengenai rangkaian Lebuh Raya Pan Borneo, kerana penambahbaikan kesalinghubungan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di antara kedua-dua buah negara.

5. Mengadakan forum perniagaan mengenai PKS:

Pemimpin-pemimpin menga-kui bahawa masih terdapat potensi yang belum diterokai dalam hubungan ekonomi Brunei Darussalam-Malaysia.

Dalam hal ini, mereka mencadangkan agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kedua-dua buah negara untuk bekerjasama meneroka peluang-peluang perniagaan, dan dengan itu gembira untuk mengambil maklum bahawa satu forum perniagaan yang memfokuskan ke atas PKS dari Brunei Darus-salam dan Malaysia akan dianjurkan di Brunei Darussalam pada separuh pertama 2017.

6. Menangani Virus Zika:

Pemimpin-pemimpin berpuas hati dengan usaha kedua-dua buah negara dalam menangani ancaman kemunculan dan kemunculan semula penyakit-penyakit berjangkit seperti ancaman Virus Zika.

Mereka menekankan komitmen menteri-menteri kesihatan ASEAN semasa Persidangan Video Khas Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN mengenai Ancaman Virus Zika pada 19 September.

7. Peranan Malaysia sebagai ahli tidak tetap Majlis Kese-lamatan PBB:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia memuji peranan Malaysia sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber-satu bagi 2015-2016, termasuk kejayaan kepimpinannya bagi bulan Ogos 2016, menekankan bahawa wawasan keamanan dan kesederhanaan Malaysia adalah pendekatan penting dalam usaha-usaha antarabangsa kini untuk mencegah pengganasan dan fahaman pelampau.

ARTIKEL YANG SAMA