Intracorp (B) raikan kerja keras kakitangan

Intracorp (B) raikan kerja keras kakitangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Dalam mengiktiraf dan menghargai kerja keras semua kakitangannya yang menyumbang kepada kejayaan syarikat sebagai peruncit dan pembekal barangan elektrik pengguna dan produk perabot di Brunei, Intracorp (B) Sdn Bhd telah mengadakan majlis makan malam tahunan yang berlangsung di Hotel Parkview, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis bertema warna Merah dan Putih itu turut dihadiri oleh beberapa orang kakitangan kanan TT International Limited, Singapura dan rakan-rakan niaga.

Pelbagai hiburan memeriahkan acara berkenaan seperti permainan-permainan, cabutan bertuah, pencarian bagi ‘Have You Got Talent?’ dan acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Kerja Lama kepada kakitangan yang telah berkhidmat di syarikat itu selama 10 tahun, lima tahun dan tiga tahun.

Pengurus Besar Intracorp, Lau Kok Siang menyampaikan hadiah berupa TV Akira LED 55 inci kepada pemenang utama.
Pengurus Besar Intracorp, Lau Kok Siang menyampaikan hadiah berupa TV Akira LED 55 inci kepada pemenang utama.
Warga Intracorp ketika meraikan majlis makan malam tahunan Intracorp (B) Sdn Bhd di Hotel Parkview, baru-baru ini.
Warga Intracorp ketika meraikan majlis makan malam tahunan Intracorp (B) Sdn Bhd di Hotel Parkview, baru-baru ini.

Intracorp (B) Sdn Bhd merupakan pengedar barangan dan produk jenama-jenama AKIRA, Samsung, Philips (peralatan rumah), Beko, Mayer, Ariston dan Mistral.

Pada masa ini, Intracorp mempunyai lapan cawangan di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Seria dan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA