Inzaghi dipecat

Inzaghi dipecat

MILAN, 16 Jun (Reuters) – Kelab Itali, AC Milan memecat pengurusnya, Filippo Inzaghi, hari ini selepas mengharungi kempen Serie A mengecewakan musim lepas.

Milan yang dianggap antara kuasa besar bola sepak di Eropah menamatkan saingan liga domestik Itali di kedudukan ke-10 sekali gus gagal layak beraksi di kejohanan Eropah.

Inzaghi yang menghabiskan masa 10 tahun bersama kelab itu sebagai pemain bergelut sepanjang kempen musim lalu yang merekod kemenangan paling sedikit semusim kelab itu sejak 2001.

Sejak berakhirnya musim ini, masa depan bekas pemain antarabangsa Itali itu sering dipersoalkan.

“AC Milan mengumumkan yang Filippo Inzaghi sudah pun dilepaskan tanggungjawab sebagai jurulatih pertama pasukan.

Filippo Inzaghi bukan lagi pengurus AC Milan. – AFP
Filippo Inzaghi bukan lagi pengurus AC Milan. – AFP

“Kelab berterima kasih kepadanya kerana kerja yang dilakukannya,” kata kelab itu dalam laman web rasmi.

Jurulatih kelahiran Serbia, Sinisa Mihajlovic yang meletakkan jawatan selaku pengendali Sampdoria, awal bulan ini dilantik pengurus baharu Milan.

ARTIKEL YANG SAMA