IOC gantung keahlian kehormat Diack

IOC gantung keahlian kehormat Diack

LONDON, 11 Nov (Agensi) – Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menggantung Lamine Diack sebagai ahli kehormat semalam dan berkata ia sudah bersedia melucutkan pingat daripada mana-mana atlet Rusia yang didapati bersalah membabitkan doping atau penggunaan dadah dan mempertimbangkan ujian semula sampel dari Olimpik Sochi.

IOC mengadakan mesyuarat tergempar terhadap lembaga eksekutif menerusi sidang video bagi mempertimbangkan tindakan apa yang perlu diambil dalam respons kepada krisis rasuah dan dadah yang menyelubungi balapan dan padang.

Lembaga bersetuju ke atas penggantungan ke atas Diack, bekas presiden Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) yang diletakkan di bawah penyiasatan oleh pihak berkuasa Perancis minggu lalu atas dakwaan rasuah dan pembersihan wang haram berkaitan penutupan kes-kes dadah Rusia.

Diack bertindak sebagai ahli IOC penuh selama 15 tahun sehingga 2014, apabila dia mencapai usia persaraan mandatori 80 tahun, dan menjadi ahli kehormat. Pegawai asal Senegal itu meletak jawatan pada Ogos lalu sebagai presiden IAAF selepas 16 tahun mengendalikan badan induk persatuan itu.

IOC juga bertindak ke atas laporan yang dikeluarkan Isnin lalu oleh panel Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) yang mendakwa program dadah yang berleluasa, ditaja negara itu di Rusia yang melibatkan kerajaan dan perkhidmatan perisikan begitu juga dengan atlet, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan.

Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2015 menunjukkan Lamine Diack (kiri) berjabat tangan dengan presiden IOC Thomas Bach ketika sidang media bersama mereka sempena Kejohanan Atletik Dunia di Beijing. – Agensi
Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2015 menunjukkan Lamine Diack (kiri) berjabat tangan dengan presiden IOC Thomas Bach ketika sidang media bersama mereka sempena Kejohanan Atletik Dunia di Beijing. – Agensi

Suruhanjaya WADA, yang diketuai oleh ahli IOC, Dick Pound, mencadangkan bahawa persekutuan balapan dan padang Rusia digantung sehingga dibersihkan tindakan terhadap dadah.

IAAF dijadualkan untuk menentukan pada Jumaat ini sama ada untuk menggantung Rusia, langkah yang akan mengetepikan atlet-atlet Rusia dari Olimpik tahun depan di Rio de Janeiro.

“IOC menjangka IAAF dan WADA untuk mempertimbangkan kesemua tindakan yang sesuai untuk diambil bagi melindungi atlet bersih dan membangunkan semula kepercayaan,” kata badan Olimpik dalam kenyataan semalam.

Laporan Pound berkata Olimpik London 2012 “di sabotaj” oleh atlet-atlet Rusia yang seharusnya diharamkan daripada bersaing dalam sukan itu kerana sebelumnya disyaki dalam keputusan ujian.

“IOC meminta IAAF untuk melakukan prosedur disiplin ke atas kesemua atlet, jurulatih dan pegawai yang menyertai Sukan Olimpik dan didakwa menggunakan dadah dalam laporan dari Suruhanjaya Bebas,” kata kenyataan itu.

Berikutan kesimpulan dari penyiasatan IAAF, IOC ‘akan mengambil kesemua langkah sesuai dan sekatan berhubung kepada pengunduran dan peruntukan semula pingat dan seperti kes mungkin mengetepikan jurulatih dan pegawai dari Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Laporan WADA mencadangkan penggantungan seumur hidup bagi lima atlet, termasuk dua pemenang pingat di London – pemenang pingat 800 meter wanita, Maria Savinova dan tempat ketiga Eakterina Poistogova.

ARTIKEL YANG SAMA