IOC gantung Kuwait lagi

IOC gantung Kuwait lagi

WASHINGTON, 27 Okt (Agensi) – Untuk kali kedua dalam tempoh lima tahun, Kuwait digantung oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana campur tangan politik, yang menyebabkan atlet-atletnya dalam keadaan tergantung bagi Olimpik tahun depan yang akan diadakan di Rio de Janeiro.

Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah, yang mengetuai persatuan jawatankuasa Olimpik kebangsaan global dan ahli kanan IOC, memberitahu bahawa negara Teluk itu akan digantung oleh IOC hari ini.

Langkah itu dibuat selepas Kuwait gagal untuk memperbaiki penggubalan undang-undang sukannya yang dipertikaikan pada 27 Oktober, tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. FIFA menggantung persekutuan bola sepak Kuwait bagi isu yang sama pada dua minggu lalu.

“Sebagai warga Kuwait saya merasa sedih,” kata Sheikh Ahmad dalam temu bual pada malam semalam. “Kami semua merasa kecewa. Ia adalah cerita yang menyedihkan. Ia (adalah kerana) kesilapan manusia.” IOC bimbang mengenai campur tangan kerajaan dalam mengendalikan jawatankuasa Olimpik Kuwait dan persekutuan sukan kebangsaan. IOC berkata undang-undang sukan baru itu mengancam autonomi pertubuhan sukan dan ia bermakna Kuwait tidak lagi mematuhi Piagam Olimpik.

Penggantungan itu dibuat dengan Sheikh Ahmad di Washington untuk mempengerusikan perhimpunan agung Persatuan-Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan minggu ini. Dia tidak mempengerusikan pertubuhan Kuwait dan tidak secara langsung terlibat dalam perundingan di antara IOC dan Kuwait mengenai isu terbabit.

ARTIKEL YANG SAMA