IOC ikrar Rio bebas virus Zika

IOC ikrar Rio bebas virus Zika

ATHENS, 29 Jan – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan melakukan “segala-galanya” yang mampu untuk memastikan Sukan Olimpik 2016 Rio selamat daripada virus Zika, kata presiden IOC, Thomas Bach.

“Kami akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kesihatan atlet dan semua pelawat,” kata Bach ketika lawatan ke Athens sambil menambah sebaran mengenai isu itu akan diedarkan kepada Jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.

Zika yang menyebabkan gejala seperti selsema dan ruam, tetapi ia turut dikaitkan dengan perkembangan bayi dalam kandungan di Brazil, negara yang paling banyak terkena virus itu setakat ini. Kebimbangan kini semakin meningkat apabila Olimpik kali ini akan diadakan di Rio de Janeiro pada Ogos ini dengan beratus ribu pelawat dijangka hadir. Bagaimanapun, Bach menekankan Ogos ini sudah memasuki musim sejuk di Brazil, dan dijangkakan masalah itu akan selesai.

“Kami bekerja rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia dan juga jawatankuasa penganjuran (Olimpik) dan penguasa Brazil,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA