IOC luluskan penyertaan 271 atlet Rusia

IOC luluskan penyertaan 271 atlet Rusia

RIO DE JANEIRO, 5 Ogos – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan penyertaan 271 atlet Rusia ke Olimpik Rio selepas doping utama membuang 118 pemainnya.

IOC mengumumkan keputusan itu awal pagi tadi, 24 jam sebelum acara pembukaan temasya berkenaan di Rio de Janeiro.

Semua 271 atlet Rusia berkenaan adalah sebahagian daripada senarai penyertaan awal 389 atlet dihantar negara berkenaan.

pg23_160806_olympic logo

Gambar fail bertarikh 29 Julai 2016 menunjukkan barisan delegasi Olimpik daripada Rusia selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro bagi saingan  Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

IOC meminta pandangan persekutuan-persekutuan sukan antarabangsa sebelum membuat keputusan atlet mana yang akan dibenarkan beraksi selepas menilai rekod doping mereka.

Ia berikutan siasatan untuk Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang memberi gambaran terperinci bagaimana penipuan doping dilakukan di Russia. Keputusan terakhir itu diputuskan oleh panel tiga ahli IOC, yang menerima pandangan daripada penimbang tara sukan berkecuali. – AP