IPA hos Ekstravaganza Pembelajaran 2015

IPA hos Ekstravaganza Pembelajaran 2015

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dengan kerjasama SMR Group Malaysia, hari ini, telah menyelenggarakan Program Ekstravaganza Pembelajaran dengan mengetengahkan konsep Organisasi Pembelajaran serta mengukuhkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Program yang berlangsung di Aras 2, IPA, Rimba ini adalah sebagai platform untuk para pelatih bertemu pelatih bagi memperluaskan rangkaian, di mana ia dihadiri oleh seramai 100 orang pegawai latihan dan pegawai pembangunan sumber manusia dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta.

Ia dibahagikan kepada empat sesi ucaptama yang disampaikan oleh penceramah luar negara iaitu Pengarah Global Business Development (SMR Group), A. Subra.

Program disertai oleh para pegawai latihan dan pegawai pembangunan sumber manusia dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta.
Program disertai oleh para pegawai latihan dan pegawai pembangunan sumber manusia dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta.

Selain itu, program ini turut menampilkan penceramah tempatan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MUBN Learning and Growth Company, Dr. Hajah Mona Yati binti DSLJ Haji Mohd Kassim, Pengurus Kanan Sumber-Sumber Manusia Kumpulan DST, Haji Awang Mohd Hanafi bin Haji Abdul Rahman dan Pegawai Latihan Kanan IPA, Awang Mohd Norazlin bin Dato Paduka Haji Kassim.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat IPA, Ekstravaganza Pembelajaran 2014-2018 merupakan program pembelajaran menjelajahi dunia yang bermula sejak tahun 2014, meliputi 23 buah bandar raya di 16 buah negara.

Bagi tahun 2015, Brunei Darussalam telah dipilih untuk menjadi destinasi bagi program berkenaan dan IPA adalah sebagai agensi hos.

ARTIKEL YANG SAMA