iPad Pro kini di pasaran 40 negara

iPad Pro kini di pasaran 40 negara

CALIFORNIA, 15 Nov (Agensi) – Apple mengumumkan pesanan secara atas talian untuk iPad Pro kini boleh dilakukan di 40 negara yang tersenarai boleh memiliki produk itu dalam pasaran.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple, Philip Schiller berkata, respon awal untuk iPad Pro daripada pemaju aplikasi dan pelanggan adalah sangat luar biasa dan syarikat gembira kerana dapat menawarkan peranti tersebut ke seluruh dunia pada minggu ini.

Katanya, Apple Pencil dan ­Apple Smart Keyboard baharu juga kini boleh ditempah.

“iPad Pro adalah iPad yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan yang menawarkan kepada pengguna keupayaan untuk menjadi lebih kreatif dan lebih produktif dengan paparan epik Retina 12.9-inci, cip berkuasa 64-bit A9X dan Apple Pencil serta Smart Keyboard baharu.

“Kita tidak boleh menunggu untuk melihat apa yang pelanggan kami akan lakukan dengan iPad Pro,” katanya dalam kenyataan di laman web Apple.com.

iPad Pro dengan 5.6 juta piksel dilengkapi bateri yang boleh bertahan selama 10 jam bakal menjadi pesaing kepada kebanyakan komputer riba di pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA