IPD Kunak berjaya selesaikan 40.45 peratus kes

KUNAK, 6 Dis – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Ibu pejabat Polis  Daerah (IPD)  Kunak  berjaya menyelesaikan 40.45 peratus kes iaitu 36 daripada 89 kes jenayah kekerasan dan harta benda yang direkodkan sepanjang tempoh Januari tahun ini sehingga semalam.

“Polis Kunak berjaya menyelesaikan termasuk 12 kes pecah rumah malam, 11 kes curi, dua kes rogol, dan satu kes samun bersenjata api,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini IPD Kunak turut berjaya menembak mati seorang suspek penjenayah rentas sempadan dipercayai tali barut kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR), Sept lepas  dan seorang pengedar dadah juga dalam tahun ini.