IPD Semporna, UMS jalin kerjasama

IPD Semporna, UMS jalin kerjasama

KOTA KINABALU, 9 Sept – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menerbitkan sebuah video korporat mengenai pelbagai operasi dan penugasan polis di IPD berkenaan.

Ketua Program Komunikasi UMS Saat Awang Damit berkata, kerjasama bagi menerbitkan video korporat berkenaan adalah pertama kali dibuat antara UMS dan pihak polis.

“Video itu akan memperlihatkan peranan yang dipikul dan aktiviti lain dilaksanakan oleh anggota dan pegawai di IPD Semporna.” – Bernama