IPG Mediabrands lancar ‘D100’

IPG Mediabrands lancar ‘D100’

CANNES, Perancis, 21 Jun (Bernama) – IPG Media-brands, cabang pegangan media bagi Interpublic Group (NYSE: IPG), dengan kerjasama Jonah Berger, Profesor Madya, The Wharton School di Universiti Pennsylvania dan pengarang paling laris bagi Contagious: Why Things Catch On di New York Times, telah melancarkan D100 yang julung kali diadakan, kedudukan 100 syarikat yang paling dinamik di dunia dengan menggunakan metrik dunia baharu.

Untuk membina D100, lebih 10,000 pengguna telah ditinjau merentasi empat wilayah di lima pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China dan India.

Pengguna telah diajukan soalan mengenai kedua-dua jenama global dan jenama pasaran tertentu; secara keseluruhannya lebih 1,200 jenama telah diteliti.

Jenama global telah ditakrifkan oleh syarikat multinasional yang besar yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kehadiran di pelbagai pasaran utama (contohnya, Coca-Cola, Nike dan BMW).

Jenama di pasaran khusus adalah jenama yang lebih kecil yang hanya mungkin hadir di pasaran tunggal (contohnya, Royal Mail di UK atau Hajmola di India).

Gambar luaran pejabat Google di Mountain View, California. Google merupakan 10 daripada jenama utama yang paling dinamik di dunia, menurut IPG Mediabrands. – AP
Gambar luaran pejabat Google di Mountain View, California. Google merupakan 10 daripada jenama utama yang paling dinamik di dunia, menurut IPG Mediabrands. – AP

Sepuluh jenama utama yang paling dinamik di dunia adalah Google, Amazon,Samsung, Nike, Intel, NASA, BMW, Mercedes-Benz, Audi dan Lenovo.

“D100, bersama-sama dengan data yang kami telah kumpul untuk mengenal pasti jenama yang paling dinamik di dunia adalah luar biasa. Skor dinamik itu dan metrik jenama dunia yang baharu yang kami telah takrifkan membolehkan IPG Mediabrands membantu jenama-jenama menjadi benar-benar dinamik dan berkembang mengikut perkembangan pengguna,” kata Henry Tajer, Ketua Pegawai Eksekutif Global di IPG Mediabrands.

Skor dinamik terdiri daripada empat dimensi utama bagi mengira dan menentukan dinamik jenama, yang bertentangan dengan langkah-langkah tradisional “dunia lama”, seperti kesedaran jenama dan nilai jenama.

D100 menandakan buat kali pertama bahawa kejayaan jenama diukur dengan metrikdunia baru, khususnya berdasarkan:

• KETANGKASAN: Sejauh mana jenama menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan pasaran.

• RESPONSIF: Sejauh mana jenama mendengar dan memberi respons kepada keperluan dan maklumat balas pelanggan.

• INOVASI: Sejauh mana jenama menggerakkan teknologi baharu dan mencipta produk dan perkhidmatan yang berinovatif.

• KERAMAHAN: Sejauh mana besarnya audiens dan terlibatnya mereka kepada sesuatu jenama di media sosial.

Data pada tiga dimensi yang pertama (Ketangkasan, Responsif, dan Inovasi) telah dikumpulkan melalui persepsi pengguna dan yang keempat, keramahan, dikumpulkan melalui data media sosial di Facebook, Twitter dan Weibo.

Setiap dimensi mempunyai skor z dan kemudian dipuratakan bersama-sama untuk membentuk satu skor dinamik keseluruhan bagi sesuatu jenama.

ARTIKEL YANG SAMA