iPhone 7 dilancar

iPhone 7 dilancar

SAN FRANCISCO, 8 Sept – Apple semalam berusaha mendapat sambutan yang hebat dengan iPhone kalis air baru, satu permainan telefon pintar yang membintangi “Mario” di Nintendo dan satu usaha mengenai fon kepala wayarles.

iPhone dan iPhone 7 Plus, dengan teknologi kamera baru, ketahanan air yang lebih baik serta ciri-ciri lain, diperkenalkan pada satu acara media Apple di San Francisco.

Peranti itu akan dijual pada harga yang lebih kurang sama dengan model yang diganti oleh mereka, bermula pada AS$649 untuk iPhone 7 untuk pelanggan AS, dengan hantaran di 25 buah negara mulai 16 September.

Pencipta permainan Nintendo Shigeru Miyamoto menjadi tetamu mengejutkan pada acara Apple, melancarkan permainan “Super Mario Run” baru untuk iPhone pada cuti akhir tahun.

IPhone 7 Plus dipamerkan semasa acara sidang media Apple di Auditorium Civic Graham Bill di San Francisco, California, kelmarin. - AFP
IPhone 7 Plus dipamerkan semasa acara sidang media Apple di Auditorium Civic Graham Bill di San Francisco, California, kelmarin. – AFP

Apple, Nintendo dan pengeluar permainan Niantic menggunakan acara tersebut untuk mengumumkan bahawa Pokemon Go boleh diperoleh oleh pengguna Jam Tangan Apple pada akhir bulan ini.

Satu ciri iPhone baru – yang mungkin menyakitkan sesetengah orang – adalah pembuangan jek gon kepala, memerlukan audio digunakan menerusi penyambung “kilat” atau Apple ataupun wayarles.

Penyambung kilat direka daripada awal untuk mengendali audio berkualiti tinggi, beritahu naib presiden Apple Phil Schiller pada acara, memberi respon kepada kebimbangan mengenai pembuangan jek. – AFP