iPhone 7 direbuti di UAE

iPhone 7 direbuti di UAE

DUBAI, 18 Sept – Telefon pintar Apple yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya iaitu iPhone 7 dan 7 Plus telah dijual di pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi kelmarin, menyebabkan keadaan sensasi di kalangan pelanggan-pelanggannya.

Di Dubai, iPhone 7 itu telah habis dijual selepas jualan bermula. Apple menjual “100 peratus stok barangan kami” dalam hanya beberapa minit di kedai-kedai rasmi di UAE, kata jurujual Apple memberitahu Xinhua. Dia tidak mendedahkan jumlah jualan yang tepat pada hari permulaan jualan di negara itu. Hüseyin Celik, seorang usahawan dari Turkey, berkata, keluarganya mula beratur dari 4 pagi dan membeli lima peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, anaknya Omar agak kecewa kerana dia tidak mendapatkan iPhone 7 Plus.

Seorang pelanggan bergambar bersama iPhone 7 baru beliau di kedai teknologi gergasi Apple AS semasa pelancaran iPhone terbaru di Mall of the Emirates, Dubai, kelmarin. - AFP
Seorang pelanggan bergambar bersama iPhone 7 baru beliau di kedai teknologi gergasi Apple AS semasa pelancaran iPhone terbaru di Mall of the Emirates, Dubai, kelmarin. – AFP

“Mohammed, seorang ahli perniagaan UAE, juga melahirkan kekecewaannya apabil gagal untuk membeli iPhone baru itu. “Saya telah menempah tujuh peranti, namun oleh kerana saya datang selepas 8 pagi, saya perlu menunggu sehingga esok,” katanya.

Sebahagian pelanggan mula beratur seawal 10 malam, sehari sebelum penjualan dan banyak di antaranya yang tidur di depan kedai-kedai Apple, kata pegawai keselamatan.

Di negara Teluk Arab yang mempunyai 10.5 juta orang penduduk, telah memiliki purata lebih daripada dua telefon bimbit setiap seorang, menurut Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi UAE di Abu Dhabi. – Xinhua