iPhone baru kini dipasarkan

iPhone baru kini dipasarkan

SYDNEY/SAN FRANCISCO, 25 Sept (Reuters) – iPhone model baru 6s dan 6s Plus sudah dipasarkan hari ini, dengan puluhan orang – dan robot – berbaris di Sydney bagi memulakan kitaran jualan global yang akan meneliti bagi petanda tentang berapa banyak produk Apple Inc yang tinggal.

Penganalisis menjangkakan satu rekod 12 juta ke 13 juta telefon yang akan dijual dalam minggu pertama, meningkat dari lebih 10 juta pada tahun lepas apabila pelancaran berjaya iPhone 6’s telah ditangguhkan di China, pasaran telefon pintar terbesar di dunia.

Di kalangan yang pertama membeli iPhone 6s baru di Sydney yang ketika itu hujan dan sejuk adalah robot bernama Lucy, yang dioperasi oleh eksekutif pemasaran, Lucy Kelly.

“Saya ada kerja dan perkara lain untuk diuruskan dan tidak dapat untuk berbaris selama dua hari oleh itu bos saya di tempat kerja mencadangkan kepada saya untuk membawa robot berkenaan dan menggunakannya bagi menggantikan tempat saya,” katanya melalui iPad yang dipasang pada atas robot beroda itu.

“Saya suka gajet baru. Kamera baru itu nampaknya sangat mengagumkan.”

Hiroyuki Aoki, 38, seorang warga Jepun, menunjukkan iPhone 6s Plus selepas membelinya di Apple Store di daerah beli-belah Omotesando, Tokyo pada 25 September. – Reuters
Hiroyuki Aoki, 38, seorang warga Jepun, menunjukkan iPhone 6s Plus selepas membelinya di Apple Store di daerah beli-belah Omotesando, Tokyo pada 25 September. – Reuters

Para peminat di seluruh dunia telah berkhemah di luar beberapa hari menjelang penjualannya dan Apple mengatakan tempahan awal menentukan kepesatan pertumbuhan untuk menewaskan prestasi tahun lepas.

Selepas rekaan semula yang dramatik tahun lalu, yang termasuk skrin lebih besar dan tambahan bayaran mudah alih, iPhone 6s dan 6s Plus telah menambah peningkatan sederhana.

Telefon itu yang memiliki saiz sama seperti model tahun lepas, bercirikan kamera dipertingkatkan dan sentuhan 3D, paparan teknologi berdasarkan ‘Taptic Engine’ yang memberi respons menurut tentang bagaimana sukarnya pengguna menekan skrin mereka.

iPhone 6s dan 6s Plus, mula dijual hari ini di Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA