IPT diseru nilai kualiti program

IPT diseru nilai kualiti program

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) diseru untuk menilai kualiti program yang ditawarkan terutama jika ia relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan.

Penilaian itu boleh dilakukan melalui kajian pengesanan (tracer study) yang dapat mengesan dan menyimpan maklumat mengenai graduan bagi sesebuah institusi pengajian.

“Susulan akan dilakukan untuk mengetahui kadar para graduan yang telah bekerja dan tahap kepuasan majikan,” jelas Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

“Maklumat yang didapati adalah bermanfaat dalam memberikan maklumat berharga bagi menilai para graduan, kualiti kurikulum dan tahap pengajian sesebuah institusi.”

Tambahnya lagi, “apa-apa jua kekurangan yang dikenal pasti akan dapat disemak dan dikemas kini untuk melahirkan graduan yang lebih berkualiti dan berdaya saing dan menyumbang ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sesebuah institusi.

Yang Berhormat Pehin (Dr) Haji Awang Abu Bakar menyeru IPT untuk menilai kualiti program yang ditawarkan terutama jika ia relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan.
Yang Berhormat Pehin (Dr) Haji Awang Abu Bakar menyeru IPT untuk menilai kualiti program yang ditawarkan terutama jika ia relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan.
Yang Berhormat Pehin bersama tetamu yang lain hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Empire and Country Club, Jerudong.
Yang Berhormat Pehin bersama tetamu yang lain hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Empire and Country Club, Jerudong.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan di majlis berkenaan.

“Selain daripada itu, beberapa faktor penting lain harus diambil kira untuk menjadikan sesebuah institusi itu cemerlang dan ternama termasuk nisbah guru dan penuntut, sistem urus tadbir, suasana dan kemudahan pembelajaran, kualiti tenaga akademik, jaminan kualiti, kolaborasi dengan institusi ternama dan pihak industri serta peluang bagi mengadakan pengajaran berpengalaman bagi para pelajar.

“Saya menyeru agar institusi-institusi pengajian tinggi swasta mengambil berat akan perkara ini dalam memastikan kualiti pendidikan yang tinggi sesuai dengan hasrat Wawasan Negara 2035.”

Yang Berhormat Pehin menyeru demikian ketika berucap di Majlis Tamat Pengajian Kolej Antarabangsa Micronet 2015 yang berlangsung di Hotel Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.

Menurutnya, semua perkara itu akan mengukuhkan lagi reputasi institusi pendidikan di Brunei dan setentunya akan menarik lebih ramai pelajar tempatan mahupun luar negara untuk belajar di negara ini serta menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah pusat pendidikan pada masa akan datang.

Yang Berhormat Pehin berkata dalam menempuh suasana ekonomi yang mencabar, keperluan kemahiran teknikal dan vokasional juga tidak kurang penting dalam usaha membangunkan dan mempelbagaikan ekonomi negara.

Oleh itu, peluang untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran harus dimantapkan lagi dalam menambah nilai sumber tenaga yang ada di negara ini.

Para graduan berdoa di Majlis Tamat Pengajian Kolej Antarabangsa Micronet 2015.
Para graduan berdoa di Majlis Tamat Pengajian Kolej Antarabangsa Micronet 2015.

pg05_150901_e

Kerajaan, ulasnya, menawarkan beberapa skim biasiswa menerusi Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dalam memastikan peluang belajar sentiasa terbuka kepada rakyat di negara ini termasuklah peluang bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Di samping itu, pihak kerajaan juga membuat pelaburan yang tinggi dalam pendidikan di semua peringkat termasuklah pasca menengah dan pengajian tinggi yang mana semua itu bermatlamat untuk menjadikan institusi-institusi pendidikan tinggi di Brunei setanding dengan institusi ternama di luar negara serta diharap akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar di negara ini.

Mengulas mengenai Micronet, Yang Berhormat Pehin meluahkan keyakinan bahawa pihak Micronet akan terus berusaha dalam memberikan pendidikan yang berkualiti tinggi dalam melahirkan graduan dalam bidang ICT yang mempunyai kompetensi dan boleh diambil bekerja yang diperlukan dalam mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035.

“Ini akan memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar dan meyakinkan para ibu bapa atau penjaga untuk memilih institusi ini sebagai destinasi pengajian mereka.”

Di majlis berkenaan, Yang Berhormat Pehin menyempurnakan penyampaian sijil kepada seramai 534 graduan yang mana seramai 314 menerima Sijil Majlis Pendidikan Teknikal dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC) dan 220 menerima sijil Pendidikan Pusat Pengkomputeran Kebangsaan (NCC).

Semasa majlis itu juga, Yang Berhormat Pehin menyampaikan anugerah istimewa kepada tiga graduan cemerlang iaitu Awang Mohammad Sahriman bin Mohd Salleh, graduan BDTVEC Diploma Kebangsaan Tinggi dalam Komputer, Dayang Nurhazaeyatul Syahirah binti Maini, graduan BDTVEC Diploma dalam Teknologi Maklumat dan Awang Zainul Arifin @ Mohammad Bahiyuddin bin Hanipah, graduan NCC Education Level 4 Diploma dalam komputer.

ARTIKEL YANG SAMA