IPT perlu lahirkan graduan kompeten

IPT perlu lahirkan graduan kompeten

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Institusi pengajian tinggi digesa memainkan peranan lebih mantap dalam menyediakan graduan-graduan yang kompeten, berkemahiran serta pakar dengan menawarkan program-program yang relevan, berorientasikan permintaan serta dapat memenuhi keperluan majikan.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika membuat gesaan itu berkata, dalam hal ini perkongsian dan kerjasama antara industri-industri ternama dan institusi pendidikan adalah kunci utama untuk mengenal pasti jurang kompetensi dan kurikulum latihan yang tepat bersesuaian dengan iklim guna tenaga.

“Cara ini diharap dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran dalam kalangan graduan kita,” katanya semasa berucap pada Majlis Tamat Pengajian Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, petang ini.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, sektor pendidikan tinggi berdepan dengan cabaran hebat terutama dalam menghadapi masa depan yang tidak menentu, kompleks serta kabur.

Oleh itu, peranan institusi pendidikan tinggi perlu dinamik dalam mencipta dan menyebar ilmu untuk memenuhi kemajuan ekonomi yang semakin meningkat, jelas beliau.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat ke Majlis Tamat Pengajian Kolej LCB, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat ke Majlis Tamat Pengajian Kolej LCB, kelmarin.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq, graduan dalam program University Foundation Course, menerima sijil daripada Menteri Pendidikan.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq, graduan dalam program University Foundation Course, menerima sijil daripada Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Pehin berkata, kadar kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi swasta di negara ini terus meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada tahun ini, katanya, pendaftaran ke institusi pengajian tinggi telah mencecah 21 peratus yakni kurang 10 peratus sahaja lagi daripada sasaran 30 peratus menjelang 2020.

“Saya yakin peranan institusi pendidikan tinggi swasta amat penting dalam memastikan peningkatan berterusan dalam pembelajaran formal sepanjang hayat dikalangan belia-belia kita, sebagai pelengkap kepada institusi pendidikan awam kita.”

Seramai 620 mahasiswa dan mahasiswi menamatkan pengajian mereka dan menerima sijil masing-masing dalam pelbagai bidang seperti program perniagaan, hospitaliti dan pengkomputeran, pada majlis tamat pengajian hari ini.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan wanita.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan wanita.

pg04_150905_c

Mereka menerima HND, HNC, diploma dan sijil yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin.

Berkenan berangkat di majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bagi menyaksikan anakandanya, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir sebagai graduan dalam program University Foundation Course.

pg04_150905_d

Hadir sama ialah Pengarah LCB, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Ratna Setia Dato Setia Haji Awang Abdul Hapidz bin Pehin Orang Kaya Laksamana Haji Awang Abdul Razak, Pengarah LCB, Awang Suhaimei bin Haji Awang Besar, Pengetua dan Pengarah LCB, Ian Pirie, Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell, Pro Naib Cancelor University Chester Dr Chris Haslam, Dekan Sains Sosial University Chester David Balsamo dan Ketua Komputer (Computing) University Chester, Garfiled Southall.

Majlis hari ini turut meraikan lima pelajar terbaik dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Dayang Nur Amalina binti Haji Mohd Alias (BA Common Year 1), Dayang Siti Khairunnisa binti Mohd Azizi (BTEC Level 5 HND in Business), Dayang Nurul Akmal Afidah binti Mohd Shahrum Ariffin (BTEC Level 5 HND dalam Pengurusan Hospitaliti), Dayang Nurhamizah binti Haji Amir Hamzah (BTEC Level 5 HND dalam Computing & Systems Development) dan Dayang Sabrina binti Haji Mohd Jahari (BTEC Level 4 HNC in Computing and Systems Development).

ARTIKEL YANG SAMA