IPU di 4 kawasan Sabah meningkat

IPU di 4 kawasan Sabah meningkat

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) – Kualiti udara di empat buah kawasan di Sabah masih sederhana, namun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat setakat 10 pagi.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara di Kota Kinabalu bertambah dengan bacaan IPU mencatat 69 berbanding 67 pada jam 6 pagi tadi.

Di Keningau, bacaan IPU direkodkan 70 diikuti Sandakan 53 berbanding masing-masing 69 dan 51 pada tempoh yang sama.

Sementara itu, bacaan IPU di Tawau turut meningkat kepada 58 berbanding 57 dalam tempoh empat jam yang sama.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).