Iran adakan latihan udara besar-besaran

Iran adakan latihan udara besar-besaran

TEHRAN, 17 Okt – Tentera udara Iran akan memulakan latihan udara selama tiga hari di wilayah tengah Isfahan hari ini, menurut Press TV semalam.

Pelbagai pesawat pemintas dan jet pejuang akan mengambil bahagian dalam penerbangan yang dinamakan Fada’eeyan-e Harim-e Velayat 6 (Devotees daripada Sanctuary Velayat 6), kata jurucakap latihan, Brigedier General Massoud Rouzkhosh.

Rouzkhosh berkata pesawat pengangkutan, pesawat peninjau, pesawat mengisi minyak dan pelbagai jenis pesawat akan mengambil bahagian dalam latihan tersebut.

Latihan udara itu bertujuan untuk memaparkan keupayaan tentera udara Iran dalam melindungi ruang udaranya, katanya.

Iran mengadakan latihan tahunan itu juga untuk meningkatkan kekuatan bagi mempertahankan negara itu dalam menghadapi ancaman. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA